“Aleesya Kena Terima Bapa Baru! Sebab Alessya Boleh Terima Mama Baru.. ” – Erra Fazira

SHAH ALAM: Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira, memaklumkan tidak pernah ada sebarang perancangan berkaitan hubungannya bersama penyanyi, Shahir Zawawi, sepanjang perkenalan mereka. Erra menegaskan, mereka masih berkawan, namun tiada perbincangan untuk melangkah ke fasa lain, termasuk bertunang dan sebagainya.

“Seperti yang selalu saya tegaskan sebelum ini, tidak ada apa-apa. Tidak manis untuk saya yang berkata-kata.

“Saya hanya berkawan dan masih menjadi kawannya. Yang berkawan juga adalah saya dan Shahir, belum sampai ke tahap keluarga juga sudah saling mengenali,” katanya 

Kisah hubungan pasangan ini kembali diperkatakan apabila baru-baru ini Erra memuat naik sebuah video di laman sosial memaparkan dirinya bersama Shahir dan puterinya, Engku Aleesya.

Video berkenaan menjadi tular dan dikongsi oleh netizen walaupun Erra sudah memadamkannya. Berhubung video itu, Erra berkata dirinya tidak menyangka akan menjadi tular, sebaliknya memuat naik rakaman berkenaan sekadar suka-suka di laman sosial yang mula mendapat perhatian, iaitu Tik Tok.

Bercerita lanjut, Erra dalam nada bergurau berkata, beliau belum bersedia menghadiahkan Aleesya bapa baharu memandangkan tidak mempunyai sebarang komitmen dengan lelaki secara serius.

“Kalau tanya pada saya sama ada Aleesya terima atau tidak, kalau dia boleh terima emak baharu, kena juga terima bapa baharu. Tapi belum lagi tiba masanya,” kata Erra tertawa.

Erra Fazira berkata dia sentiasa memantau penggunaan telefon bimbit anaknya iaitu Engku Aleesya.

Menurut Erra, sebagai ibu, dia meletakkan beberapa syarat kepada Aleesya dalam menggunakan teknologi.

“Saya sentiasa pantau apa yang dia buat dengan telefon bimbit.

“Selalunya saya bagi peruntukan masa satu jam untuk dia bermain dengan permainan video dan pastikan tiada rahsia antara kita.

“Syarat lain, dilarang ada kata laluan dan saya berhak untuk periksa telefon dia bila-bila masa sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Erra mengakui telefon bimbit merupakan gajet penting dalam menghubungkan manusia.

“Sebenarnya, telefon bimbit ini penting kerana memudahkan kita berhubung dengan anak-anak dan keluarga.

“Tapi kita sebagai ibu bapa, kita kena pantau apa yang dilakukan oleh anak-anak,” ujarnya.

 

Sumber  : RimbaBara

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 


Hantar Komen