Alhamdulillah… Elfira Loy Selamat Menjadi Ibu Kepada Bayi Lelaki

Elfira Loy selamat mel4hirkan bayi lelaki.

PELAKON Elfira Loy selamat mel4hirkan bayi lelaki pada Selasa di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, meluahkan rasa syukur dengan kel4hiran cahaya mata sulungnya itu.

Sementara itu, adik kepada Elfira iaitu Nurul Ezlisa Loy memuat naik paparan skrin membuat panggilan video bersama anak buahnya di Insta story.

Malah, Ezlisa turut menulis kapsyen he is cute sekaligus menjawab teka-teki mengenai jantina bayi Elfira.

Antara posting dimuat naik adik Elfira di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, ruangan komen pada foto yang memaparkan suaminya, Faris Khairol Anwar bersama bayi mereka dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat termasuk rakan selebriti.

“Alolo… tadi datang sana El dalam labour room pula. Congrats mummy El.

“Yeay! Alhamdulillah. Selamat berpantang mummy.

“Syukur Alhamdulillah, tahniah adik,” tulis netizen.

Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur Alhamdulillah | 1.10.19

A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:mStar 


Hantar Komen