“Apa Sebenarnya Yang Allah Nak Tunjuk Kepada Saya…” – Nookhiriah Masih Tak Percaya Apa Yang Berlaku Semalam

Biarpun bergelar naib juara dalam final All Stars Buka Panggung (ASBP) yang berlangsung semalam, pelakon Noorkhiriah masih merasakan dirinya tidak layak untuk berada di tempat itu.

Menurut Noorkhirah, dia masih lagi dalam keadaan tidak percaya kerana berdasarkan sokongan peminat, dia dilihat agak ketinggalan jauh.

“Terus terang saya baru saja ada kelab peminat beberapa bulan lalu. Itu pun ada 59 orang je waktu tu.

“Jadi bila masuk ASBP ni saya jadi takut, siapa nak sokong nanti,” katanya.

Menurutnya, walaupun dih1mpit rasa bimbang dan t4kut, namun dia masih bersyukur kerana Tuhan mempermudahkan perjalanannya menyertai ASBP.

“Saya rasa macam magic! Nak masuk separuh akhir pun saya tak sangka, inikan pula ke peringkat final dan sekarang saya jadi naib juara pula.

“Ya Allah, apa sebenarnya yang Kau nak tunjuk ni, Ya Allah?

“Alhamdulillah, kelab peminat saya kini sudah pun mencecah 300 orang. Semua itu rezeki dan saya amat bersyukur,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada Daya Dan Upaya Melainkan Dengan Pertolongan Allah..tima kasih tak terhingga kepada semua yg telah mengundi akak sampai melayakkan akak #naibjuara..tkasih Cik Suami,Mak,Adik2 dan semua mendoakan akak..dan mengundi akak..tak sangka akak ada peminattttttttttt😍😍😍hanya Allah saja mampu membalasnya.. @khiriah_fc @farahhidayuuu..bertungkus lumus tiap2 minggu berujan berpanas dgn akak..tkasih tak thingga..taktau nak cakap apa lagi dah dik..syukur Alhamdulillah..Allah izinkan akak menang #naibjuara..tahniah kepada rakan2 akak yg lain & juara @zulhuzaimy_m..yop mmg layak yop…👍🏻👍🏻👍🏻tkasih @astromalaysia bagi peluang kepada saya dan rakan2 untuk berjuang dalam #allstarsbukapanggung #katakantidakpadaskrip seyes best gilerrr..tkasih semua..terima kasih Allah❣️

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Noorkhiriah berkata demikian ketika majlis sidang media ASBP di Royal Theatre Shah Alam, semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syok woo tua2 dapat ketuk ketampi😭😭😭 . . #allstarsbukapanggung #katakantidakpadaskrip #final

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Untuk rekod, pelakon Zul Huzaimy dinobatkan sebagai juara bagi program All Stars Buka Panggung (ASBP) musim pertama sekali sekali gus membawa pulang hadiah paling lumayan berupa wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi

Nookhiriah pula berada di tempat kedua dengan dengan hadiah bernilai RM25,000 berserta trofi.

Tempat ketiga dan keempat pula milik Datuk Aaron Aziz dan Rita Rudaini masing-masing membawa RM 10,000 dan RM 5,000 berserta trofi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malu tapi mahu…sudi2kan undi akak ye😍 http://www.gempak.com/allstarsbukapanggung

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

 

Sumber : Gempak


Hantar Komen