“Are You Shy… Are You Covered?” – Gelagat Yusuf Iskandar Bila Mommy Menyusu Adiknya

Pelakon Hanis Zalikha berkongsi beberapa video menunjukkan gelagat anak pertamanya, Yusuf Iskandar ketika Hanis sedang menyusukan bayi kecilnya, Alisa Aisyah.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Hanis, Yusuf sentiasa bersikap penyayang terhadap orang di sekelilingnya.

“I want to keep this forever, my stuborn, my eldest son, Yusuf. You have so much love and care for those around you,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Hanis turut berkongsi soalan yang kerap ditanya Yusuf ketika dia menyusu Alisa.

“Kalau tengok muka Mommy start resah tengok jam dinding, dia tanya “Do you need to pump?” sebab dia nak berlari fix the pump set. If I am already pumping and he wants to enter the room, ada empat soalan dia selalu tanya.

“Are you pumping” “can I come in” “are you shy” “are you covered?”

“Bila dah benarkan masuk dia buat muka paling kesayangan tanya bila nak habis pam sebab nak suruh baca planets dengan dia,” tambahnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I want to keep this forever. My firstborn, my eldest son, Yusuf. You have so much love and care for those around you, may Allah always protect you. Kalau tengok Mommy start muka resah tengok jam dinding, dia tanya “Do you need to pump??” sebab dia nak berlari fix the pump set. If I am already pumping and he wants to enter the room, ada empat soalan dia selalu tanya, “are you pumping” “can I come in” “are you shy” “are you covered”? Bila dah benarkan masuk dia buat muka paling kesayangan tanya bila nak habis pam sebab nak suruh baca planets dengan dia 🤪

Siaran dikongsi oleh Hanis Zalikha (@haniszalikha) pada

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji gelagat dan kecomelan Yusuf.

Hanis dan suaminya, Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iatu Yusuf, 2, dan Alisa yang baru dilahirkan pada 24 Mei lalu.

Sumber: Gempak


Hantar Komen