“Asalkan muka saya bersepah” – Suka kaut semua ‘job’ depan mata, Ini Komen Janna Nick

REBUT semua peluang tanpa berkira dalam soal bayaran menjadi antara kunci pelakon Janna Nick mengekalkan populariti dalam industri seni.

Menurut Janna, atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 24, dia tidak pernah meletakkan nilai yang tinggi bagi setiap tawaran yang diterima. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“ Saya pun tak sangka saya versatile 😂” Thanks semua yang undi ! #abpbh32 Love you ❤️ Makeup : @sharhimkhan Hair: @ckayliow Heartbeats : @janna_nicker 💜

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

“Kemungkinan kemenangan kali ini disebabkan saya tamak merebut semua peluang yang ada selain tak pernah ‘demand’ dengan harga tawaran lakonan.

“Walau tidak dibayar dengan harga yang tinggi, asalkan muka saya banyak dan bersepah,” kata Janna kepada mStar.

Janna mahu perbaiki kekurangannya dalam bidang seni.

Janna ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 pada Ahad lalu.

Pada acara itu Janna menang dalam kategori Artis Versatil Popular menew4skan empat calon lain iaitu Alif Satar, Mira Filzah, Siti Nordiana dan Zizan Razak.

Selain bagi kategori Artis Versatil Popular, Janna turut tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pengacara TV Popular.

Walaupun dah menang tapi tak rasa kualiti saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada tahap yang membanggakan diri. Janna Nick Pelakon

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Cinta Aku ini berkata dia belum mencapai prestasi yang cukup membanggakan dalam kerjayanya dalam bidang seni.

“Walaupun dah menang tapi tak rasa kualiti saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada tahap yang membanggakan diri.

“Apa yang saya boleh lakukan ialah memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik,” ujarnya.

Sumber : Mstar


Hantar Komen