Bertekad Tidak Mahu Susahkan Orang Lain, Wanita 0ku Berani Memandu Kereta Menggunakan Kaki

Untuk sesetengah individu, memandu bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia mengambil kira kemahiran dan kecekapan dalam pengendalian kenderaan ketika memandu. Jadi tidak hairanlah ada sesetengah di antara kita yang kurang suka memandu.

Namun tidak bagi wanita cekal ini, di mana kekurangan pada diri tidak sama sekali menjadi penghalang untuknya memandu. Norfarrah Syahirah Shaari yang berusia 31 tahun merupakan seorang wanita kelainan upaya (0KU).

Berikut merupakan sebuah video yang dimuat naik oleh akaun SweetDhuha yang tuIar di laman Facebook, di mana ia menunjukkan kebolehan Norfarrah memandu, minum air, menulis, memakai beg, mengenakan gincu pada bibir, mengenakan pin pada selendang dan memakainya. Hebat sungguh!

VIDEO :

Dia difahamkan telah kvdung kedua belah tangannya semenjak lahir lagi sekaligus menjadi punca utama buatnya untuk menggunakan sepasang kaki dalam melakukan tugasan dan aktiviti harian termasuklah memandu kereta.

“Mula-mula memang t@kut tetapi saya beranikan diri untuk belajar memandu kerana mahu berdikari dan enggan menyusahkan orang sekeliling”, jelasnya yang turut menambah bahawa kini sudah 7 tahun dia memandu.

Foto : Harian Metro

Menurutnya, dahulu bapanya kerap berulang alik daripada rumah bagi menghantarnya ke tempat kerja dan menjemputnya pulang daripada pejabat. Perkara itu memberi kesedaran buatnya untuk tidak lagi mengharapkan bantuan bapa.

Dia hanya mengambil masa selama 2 minggu sahaja untuk mahir memandu menggunakan kaki namun satu perkara yang agak sukar baginya adalah ketika mengundurkan kenderaan, tetapi syukurlah ia dapat diatasi.

Rata-rata orang ramai yang menonton video berkenaan melahirkan rasa kagum akan kecekalan dan semangat tinggi yang ditunjukkan Norfarrah di ruangan komen.

Facebook

Ya, sememangnya setiap manusia yang dilahirkan itu mempunyai keistimewaan tersendiri

Facebook

Ada juga yang berasa terinspirasi dengan keberanian wanita cekal ini..

Facebook

Ternyata wanita ini tidak langsung berasa kekok dan malu dengan keadaan diri malah berasa lebih bersemangat dan sanggup berkongsi pengalaman dirinya menjalani kehidupan bersama-sama dengan insan yang lain. Semoga segala urusan Norfarrah dipermudahkan hendaknya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: EraBaru


Hantar Komen