“Bila Masa Mengandung Tak Scan” – Ini Perkongsian Abam Selepas Anaknya Dilahirkan

Pelawak kumpulan Bocey, Abam mengakui tidak pernah melakukan sebarang pemeriksaan jantina ketika anaknya masih dalam kandungan isterinya, Siti Norhidayah.

Perkara itu dikongsikan oleh Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.

“Bila masa mengandung tak scan, jadi main beli saja barangnyea. Nahhhh sekali godek-godek barang terjumpa pulak puting yang ni.

“Haihhh. Lain macam ayahanda tengok. Hahahaha jadilah nak,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila masa mengandung tak scan…. Jadi main beli aje barang nye… Nahhhh sekali godek godek barang terjumpa pulak puting yg ni…. Haihhh… Lain macam ayahanda tgk… Hahahaha jadi lah nak….

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gambar dikongsikan oleh Abam dan mereta turut mendoakan kesihatan anaknya.

Abam mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017 dan mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, 14 Jun lalu.

Dalam perkembangan terkini, Abam muncul dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS) yang bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLS NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak


Hantar Komen