“Bukan Senang Nak Dapatkan Azlee…” – Mamat Sepah Hampir Kecewa  Dengan Azlee Senario

Mamat berkata, walaupun Azlee beberapa kali menolak pelawaannya dan Acong, mereka tidak berputus asa sebaliknya terus bertekad untuk mendapatkan pelawak berpengalaman tersebut.

 “Mula-mula saya minta Acong hubungi Azlee, tetapi Azlee minta Acong telefon semula beberapa hari selepas itu kerana dia mahu mempertimbangkan pelawaan kami.

“Tetapi Azlee tidak membalas panggilan kami. Saya dah mula risau kerana pihak produksi pula dah tanya.

“Selepas beberapa kali mencuba pun, Azlee masih tidak setuju untuk bersama kami dan jalan terakhir  saya ialah melakukan solat hajat,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“RESTART YOUR LIFE” Flaver terbaru dari kami @lyfevapor.co …dptkn di port2 vape terdekat anda..!!! @azleesenario @bottol_garage #lyfevapor

A post shared by Mamat sepah®️ (@mamatsepah) on

Katanya, dia dan Acong akhirnya mengalah tetapi dalam masa sama meminta Azlee untuk hadir pada sesi penggambaran promo.

“Kami kecewa sangat masa tu, dah sedih dah sebab pelawak idola kami tak mahu bersama. Tetapi, pada hari penggambaran Azlee telefon dan beritahu dia dalam perjanan ke studio.

“Ketika itu, saya dan Acong rasa macam satu ‘kemenangan’ besar kerana pelawak senior yang dah layak bergelar juri macam Azlee sudi bersama kami,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Di dalam gelap aku mencari kamu berdua… 2019

A post shared by Mamat sepah®️ (@mamatsepah) on

Tambah Mamat dia terharu apabila Azlee memberitahu berubah fikiran untuk bersamanya dan Acong kerana melihat kesungguhan mereka.

“Alhamdulillah, impian saya untuk bersama idola tercapai. Saya harap peminat MLM dapat menerima kehadiran kami dan kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk anda semua,” katanya.

MLM 2019 bakal membuka tirainya bermula 1 November ini selepas MLM 2019 – Kerusi Panas bersiaran pada 25 Oktober nanti.

Bakal bersiaran selama 11 minggu, MLM 2019 mengekalkan pengacara tersohor dan versatil tanah air, Datuk AC Mizal sebagai pengacara buat kali kelapan.

MLM boleh ditonton di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.

Program ini akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jgn lupa esok pagi dengarkan geng pagi @hotfm976 bersama @shuibsepahtu @shuk_hotfm @fizie_hotfm dri jam 8-9.30 pagi…adakah dorg nak ajak saya berlumba???? Nantikan esok pagi ye!!!!

A post shared by Mamat sepah®️ (@mamatsepah) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Gempak


Hantar Komen