Cara Buat Sambal Tumis Yang Sedap! Ada Petua Berbeza Untuk Masak Sambil Bilis, Sotong Dan Udang

Kebanyakan kita memang boleh masak sambal. Cuma bezanya antara sedap dan tak sedap saja.

Bagi korang yang masih belum berpuas hati dengan masakan sambal yang dimasak mungkin boleh ikut petua yang dikongsi oleh Putra Bugis Temasek.

Kumpul tip dan petua buat sambal yang sedap

Menurutnya ada cara dan petua berbeza untuk masak sambal bilis, sotong, udang ataupun sambal telur. Boleh ikut tip yang dikumpul dan dikongsi Putra Bugis Temasek.

Saya nak share petua atau cara buat sambal tumis yg lebih sedap. Saya buat penyelidikan tentang sambal tumis sejak dari tahun 2013. Tip ini saya kumpul dan jika ada yang nak berkongsi silakan.

1. Sambal bilis

Foto dari Azie Kitchen
  • Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya.Sambal bilik juga memang tak masukkan garam sebab bilis dah masin.
  • Cara membuatnya goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak dah layu, angkat dan ketepikan. Kemudian tumis lada kering.
  • Apabila dah masak baru masuk air asam gula garam and ikan bilis dengan bawang tadi. Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit

2. Sambal sotong

Foto www.umpan.my
  • Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
  • Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru dimasukkan.
  • Satu lagi untuk sambal udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.

3. Sambal udang

4. Sambal telur

  • Masukkan sikit bilis sebagai perencah.

Ok dah boleh praktik cara buat sambal ni. Buat stok banyak-banyak.

Sumber: Putra Bugis Temasek via vanillakismis


Hantar Komen