“Dah Berusia, Bertudung Litup. Tak Sama Perangai Dengan Penampilan”- Emelda Rosmila Ber4ng Dengan Siapa?

Pelakon Emelda Rosemila ber4ng terhadap seorang warganet yang did4kwa telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya ke laman sosial Instagram miliknya.

Menurut Emelda, warganet tersebut seolah-olah sengaja hadir memberi komen serta menghentamnya sedangkan pengguna laman sosial itu tidak mengikutinya di laman Instagram.

Lebih mengejutkan Emelda, kata-kata itu keluar dari seorang warganet yang sudah berusia serta mempunyai perwatakan yang sopan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tea Break.🌱

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on

“Ini contoh ya. Bukan followers Mel pun. Followers Mel semua best-best. Sayang korang! Selalu bukan follower ni yang tiba-tiba datang dari mana, terus komen dengan kata-kata yang memeranjatkan kita.

“Dia tak follow kita pun, tapi macam mana dia boleh komen. Dah berusia, bertudung litup. Tak tele attitude kamu dengan appearance kamu tu,” tulisnya.

Emelda berkongsi perkara tersebut menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin akaun Instagram wanita terbabit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dont be afraid of change. It is leading you to a new beginning.💃😉 _ Still not too late to wish u Geeeemorning!!❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on

Kata Emelda, sebagai pengajaran kepada wanita tersebut, dia sengaja mendedahkan akaun Instagram warganet berkenaan.

“Kita tak boleh sewenang-wenangnya bercakap pasal orang lain. Lebih-lebih dengan orang yang kita tak pernah kenal. Berdosa. Islam tak ajar tu dekat kita.

“Mel boleh sahaja diamkan diri. Tapi sebagai pengajaran supaya dia tak buat lagi dengan kawan-kawan Mel yang lain. Hormat orang sikit. Masuk rumah orang bagi salam. Bukan baling batu. Jangan pandang orang dengan pandangan hasad,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mini Love to you!❤️ Thanks for watching HilangYangKembali. Jgn stress2 gaduh2 kay!😝😂 . xoxo, Bipolar Lady 😆

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memintanya bersabar dan berfikiran positif serta berharap agar wargenet tersebut mendapat balasan.

Bagaimanapun selepas lebih 10 jam posting itu dinaikkan, ia telah dipadamkan Emelda.

Sumber : Gempak


Hantar Komen