“Dari Tingkatan Satu Saya Nak Belikan Rumah Untuk Dia” – Nafiz Muaz Mahu Bahagiakan Ibu

Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Nafiz Muaz, menyimpan niat untuk membahagiakan ibunya, Naimah Baharudin, 39.

Kata Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 21, dia sudah mempunyai impian untuk membelikan rumah kepada ibunya yang dipanggil Umi semenjak dari tingkatan satu lagi.

“Saya bukan dari keluarga yang senang. Umi saya memegang status ibu tunggal kepada lima orang anak dan dia merupakan segala-galanya bagi kami.

“Kami masih menyewa di Sungai Petani, Kedah dan ketika saya berusia 13 tahun, saya pernah cakap dengan Umi yang saya sudah penat dan mahu membelikan rumah untuk keluarga.

“Kini, saya dalam usaha untuk membelikan rumah untuk Umi. Biarpun perlahan-lahan, saya akan memastikan impian saya menjadi realiti. Saya hanya mahu membahagiakan dia dan menjadikan angan-angan saya semenjak tingkatan satu bertukar menjadi nyata,” katanya.

Nafiz bersama ibunya, Naimah Baharudin.

Semakin rancak mengatur kerjaya dalam bidang lakonan, Nafiz mahu mengambil segala peluang yang ada untuk merancakkan perjalanan dalam industri seni.

“Alhamdulillah, nama saya semakin dikenali semenjak berlakon dalam drama bersiri Cinta Tiada Ganti tahun lalu. Jika dahulu, saya terpaksa berulang alik dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur jika ada tawaran lakonan. Kadangkala, saya terpaksa menumpang rumah kawan.

“Syukur kerana kerjaya seni kini semakin rancak dan saya sudah menyewa di Kuala Lumpur bagi memudahkan karier. Biarpun tidak mudah untuk dikenali, saya enggan berputus asa dan tidak akan menyerah kalah,” katanya lagi.

Drama bersiri lakonan Nafiz selaku teraju utama, Cinta Belum Tamat Tempoh kini sedang ditayangkan di slot Megadrama.

Cinta Belum Tamat Tempoh merupakan adaptasi dari novel judul sama tulisan Rehal Nuharis.

Diarahkan oleh Jamal Khan, drama bersiri ini bersiaran selama 16 episod bermula 9 September.

Selain Nafiz, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Syuhaida Abraz, Radin ERA dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #CintaBelumTamatTempoh untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya Maaf zahir & Batin ✨

A post shared by Nafiz Muaz (@nafizmuaz) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak


Hantar Komen