“Dia Hantar Video ‘Nangis’, Aku Pun Ikut Sama Sampai Bengk@k Mata” – Pembantu Rumah Sharifah Shahirah Rindu

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera berkongsi sepotong video dihantar bekas pembantu rumahnya.

Menerusi video tersebut bekas pembantu rumah Sheira dilihat menangis teresak-esak sambil memeluk erat anak bongsunya, Adeena yang baru berusia dua tahun.

Lebih menyentuh perasaan apabila Adeena turut menangis apabila wanita dipanggil ’embak’ itu memberitahu mahu pulang ke Indonesia.

Di ruangan kapsyen pula, Sheira mengakui turut sebak melihat video tersebut dan ikut menangis apabila menonton video tersebut.

“’Maid’ lama balik kampung hantar video dia menangis dengan anak kita. Oh, dia pun ada video menangis, sedih sangat nak balik tinggal anak kita.

“Faham, aku pun menangis, b3ngkak mata, b3ngkak kaki, b3ngkak segala-galanyanya buat kerja sebab Seri dan Linda tak ada,” tulisnya.

Tambah Sheira selepas ketiadaan Linda dan Seri dia ada mengambil dua pembantu rumah baru, tetapi kedua-duanya lari selepas dua bulan bekerja.

“Ambil yang baru lari, kerja baru dua bulan…Dua-dua lari sebab tu liar sangat tengok. Yang best tu mereka cakap dua tahun kerja dengan majikan cina. Tahan pula dua tahun.

“Kena jadi garang, suruh-suruh banyak…baru OK kot?

“Nak dapat ‘maid’ baik payah sekarang…Semua nak kerja kedai, ‘shopping mall’ dan kerja ikut jam balik hari,” luahnya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan Sheira sukar untuk mencari pembantu rumah yang baik sekarang.

Ramai juga yang berkongsi masalah pembantu rumah lari selepas beberapa bulan bekerja kerana mahu lebih bebas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Maid lama balik kampung antor video dia nangis ngan anak kita Ooo dia pun ada video nangis..sedih sangat nak balik tinggal anak kita Paham…aku pun nangis..bengkak mata..bengkak kaki ..bengkak segala2nya…buat kerja Sbb linda dan seri takde Ambik yang baru lari…kerja 2 bulan baru…dua2 lari sbb 2 tu liar sangat nengok….yg best tu yg baru tu ckp kerja ngan cina ..tahan pulak 2 tahun Kena jadi garang …suruh2 banyak …ok kot Nak dapat maid baik payah sekarang…semua nak kerja kedai..shopping mall..dengan kerja ikut jam balik hari…

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak


Hantar Komen