“Dia tengok je jen4zah tu bila kami paksa dia ciium” – Pegawai Psikologi dedah ramai nak jadikan Afan anak angkat

“USIA Afan hampir dua tahun, belum mengerti apa-apa lagi. Anak ini kuat, Allah beri ujian kepada hambaNya yang mampu menghadapinya”.

Demikian luahan hati seorang wanita di Facebooknya mengenai kisah Muhammad Arfan Ziqri yang kehilangan kedua ibu bapanya dalam sekelip mata.

Ibu bapa kanak-kanak itu, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, dan Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, meningg4l dunia dalam kem4langan jalan raya di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

Lebih mengejutkan hasil bed4h sias4t ke atas Nurul Ashikin mendapat wanita itu sedang hamil anak kembar.

Perkongsian Zaiwana Ngojar yang juga Pegawai Psikologi (Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengenai kanak-kanak berusia 22 bulan itu yang lebih dikenali sebagai Afan menjadi tular di Facebook.

Gelagat Afan sewaktu jen4zah kedua ibu bapanya disembahyangkan di masjid PPUM.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib kanak-kanak itu.

Zaiwana ketika dihubungi mStar berkata dia sendiri sebak mengenang nasib Afan yang menerima ujian sehebat itu ketika usianya masih lagi terlalu muda.

“Saya sendiri menangis masa tu. Bila saya tengok Afan timbul rasa simpati, sebak dan terharu sebab dia masih kecil.

“Dia baru setahun lebih belum mengerti apa-apa. Kami paksa dia ciium mak dia sewaktu nak mandi dan kaf4nkan jen4zah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Dia tengok jen4zah tu… dia buat tak tahu jelah dan memang dia tak cari mak ayah dia,” katanya.

Malah wanita berusia 38 tahun itu turut mendedahkan menerima banyak mesej daripada orang ramai yang mahu menjadikan Afan sebagai anak angkat.

Zaiwana sewaktu bertemu Afan di PPUM.

“Lepas posting saya viral, ramai PM saya di Facebook. Ada yang beritahu nak ambil dia jadikan sebagai anak angkat.

“Saya sendiri pun nak jaga dia juga tapi kita kena bersangka baik dengan ketentuan Allah.

“Realitinya Allah jaga anak ini dan ada rezeki yang Allah titipkan dan tentukan buat dirinya,” kata Zaiwana.

Jelasnya lagi, kisah menimpa Afan menimbulkan keinsafan dalam diri supaya ibu bapa lebih berhati-hati di jalan raya.

“Bila tengok nasib kanak-kanak ini, kita sebagai ibu pun risau jika perkara sama berlaku pada diri kita. Masa tu terus teringat dekat anak-anak. 

“Sampai kita sendiri pun takut. Apa pun kita harus sentiasa berhati-hati terutama ketika memandu untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku. Ingatlah orang tersayang,” katanya sambil menambah Afan kini dijaga waris sebelah ibunya.

Afan kini dijaga waris sebelah ibunya di Bachok, Kelantan.

Sementara itu, Zaiwana turut berkongsi perbualan terakhir arw4h ibu Afan dengan salah seorang rakannya di Bahagian Narkotik IPD Shah Alam.

“Masa arw4h (ibu Afan) keluar dari rumah pengasuh dia bertembung dengan seorang kawan saya di Bahagian Nark0tik. arw4h sempat beritahu kawan dia mungkin balik lewat.

“Aku takut tak ada orang ambil Afan nanti. arw4h macam dapat rasa dia akan pergi. Bila dapat berita kem4langan tu, kawan pun teringat kata-kata arw4h pagi tu.

 

Realitinya Allah jaga anak ini dan ada rezeki yang Allah titipkan dan tentukan buat dirinya

ZAIWANA NGOJAR.

Pegawai Psikologi (Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling) IPD Shah Alam.

“Pengasuh pun ada cerita arw4h beritahu Afan ‘mama mungkin balik lewat malam, nanti tidur dulu dengan acik ye dik’. Rupa-rupanya itu pesanan terakhir sebelum dia pergi,” katanya.

Ditanya mengenai keperibadian Muhammad Syakiran, Zaiwana menyifatkan Allahy4rham seorang pekerja yang berdedikasi dan disenangi ramai.

“Memang sedih kerana kehilangan seorang sahabat yang baik. Allahy4rham amat disenangi ramai. 

Jenazah Nurul Ashikin dan Syakiran selamat dikebvmikan awal pagi Rabu.

“Macam kami pegawai boleh tahu anggota mana yang mudah nak bekerjasama. Allahyarham memang baik… tak pernah ada isu,” katanya.

Jenaz4h anggota polis dan isterinya itu selamat dikebvmikan Tanah Perkvburan Islam Rekang Hilir, Bachok Kelantan kira-kira pukul 2.20 pagi Rabu.

Terdahulu, kedua jen4zah itu tiba di rumah keluarga Syakiran di Kampung Repek di Bachok, pukul 1.01 pagi dengan dua van jenaz4h milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suasana pilu apabila ketibaan jen4zah diiringi tangisan ahli keluarga selain anak tunggal mangsa asyik menyebut ‘abi…abi…’ memanggil arw4h Syakiran.

Gelagat Afan sewaktu jenazah kedua ibu bapanya disembahyangkan di masjid PPUM.

Sumber : Mstar


Hantar Komen