“Don’t Be Afraid Of Being Different… You’re Beautiful” – Gadis Unik Ini Dapat Kata Semangat Dari Neelofa

Usahawan berjaya dan pengacara Neelofa memberikan kata-kata semangat kepada seorang gadis yang memiliki kekurangan fizikal. Menerusi laman sosial Twitter, gadis yang dikenali sebagai Ain memuat naik sekeping foto dirinya ayu memakai baju kurung batik.

“It’s okay to be different, right?” Tanya gadis berusia 21 tahun itu.

Foto tersebut telah mendapat hampir 14,000 ulang kicau, 55,000 tanda suka dan sokongan padu daripada warga Twitter. Ramai yang memberikan pendapat Ain tidak perlu risau dengan kata-kata orang lain kerana perbezaan itu yang menjadikan setiap daripada kita unik dan kuat.

Dalam ribuan warga Twitter yang memberikan kata-kata positif, Neelofa turut sama memberikan sokongan pada gadis tersebut.

“Don’t be afraid of being different, be afraid of being the same as everyone else. You are beautiful, unique,” tulis Neelofa menerusi akaun Twitter rasminya.

Malah, Neelofa turut memuji Ain kelihatan sangat cantik mengenakan baju kurung tersebut. Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kata-kata Neelofa. Tidak kurang juga ada yang meminta Neelofa untuk memberikan hadiah tudung jenamanya kepada gadis tersebut sebagai tanda sokongan.

Thank you sis really appreciated…

 

Be beautiful just the way u’re…

 

Blessed you and your beautiful souls…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 Sumber: Gempak


Hantar Komen