“Hanya Menabur Janji Palsu…” – Erra Akhirnya Dedah Apa Sebenar Yang Berlaku Antara Dia Dan Shahir

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira, 45, tidak menganggap bekas kekasihnya, Shahir Zawawi, 31, hanya menabur janji palsu.

Sebaliknya, kata bintang yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu, sudah tertulis tiada jodoh antara mereka.

“Saya dan Shahir sudah ‘move on’. Dia dengan kehidupannya, saya pula dengan perancangan hidup saya. Bagaimanapun, kami masih berkawan, cuma tiada hubungan istimewa. Kami juga tidak bergaduh atau bersengketa biarpun hubungan tidak sampai ke jenjang pelamin.

“Sebelum ini, saya tidak pernah meletakkan harapan biarpun Shahir selalu sahaja membuka mulut mahu meminang dan melamar saya sebagai isteri. Selagi janji tidak berpateri, saya anggap semua itu masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

“Sebagai wanita, bohonglah jika hati tidak berbunga-bunga apabila diberikan harapan, tetapi lama kelamaan kematangan mengatasi segala-galanya. Sampai bila mahu menunggu?” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi khas sempena mempromosikan filem terbaru lakonannya, Wangi, yang akan menemui penonton pada 5 September depan.

Semalam, pelakon jelita berkenaan mengumumkan hubungan cintanya dengan juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu sudah terlerai, sejak enam bulan lalu.

HUBUNGAN penyanyi, Shahir, dengan Erra Fazira terlerai sejak enam bulan lalu. – NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Erra berkata, dia tidak pernah menyalahkan penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpis4han itu kerana tidak mengotakan janji.

“Saya juga tidak boleh nak menyalahkan Shahir. Saya percaya, jodoh dan pertemuan adalah aturan Allah. Saya dan Shahir sememangnya hanya ditakdirkan berkawan, bukannya menjadi suami isteri.

“Shahir mempunyai niat mahu meminang dan melamar saya, seperti diungkapkan ketika kami menjalinkan hubungan istimewa. Saya kenal Shahir… Dia selalu meluahkan hasrat mahu berkahwin dengan saya. Bagaimanapun, jika nak berkahwin, kenalah berusaha. Bukan tahu bercakap sahaja. Jelas, sasarannya tidak tiba ke penghujung.

“Saya pula tidak suka mengharapkan perkara yang tidak pasti. Jadi lebih baik kami lupakan sahaja,” katanya.

Erra berkata, mungkin dia dan Shahir ditakdirkan bertemu jodoh yang lebih serasi, pada masa depan.

“Jujurnya, saya tidak kecewa kerana saya percayakan aturan Allah. Jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan insan lain, Alhamdulillah. Jika tiada, saya reda kerana itulah perancangan Allah buat saya,” katanya yang bakal terbang ke Makkah bagi menunaikan ibadat haji, bulan depan.

Sebelum ini, Shahir ada janji lamar Erra Fazira tahun depan

Tampil di hadapan media buat pertama kali selepas dihambat kontroversi dengan gadis dikenali sebagai Mona, penyanyi Shahir Zawawi, mengulangi kenyataan dan hasratnya mahu melamar Erra Fazira, tahun depan.

Shahir, 29, memberitahu, dia menganggap gosip yang mengaitkannya dengan Mona atau nama penuhnya, Mona Syamimi Mohd Samsudin sebagai asam garam dunia seni.

“Ini bukan kali pertama saya berdepan dengnm gosip begini, jadi saya tidak terkesan apabila timbul perkara ini.

“Saya masih Shahir yang sama, jadi tetap berhasrat untuk melamar Erra. Alhamdulillah, sebagai artis, dia juga faham apabila timbul perkara begini,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya AF Megastar, di sini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Limau Manis Press

 Sumber: Tube Viral


Hantar Komen