“Hadiah Istimewa Hari Lahir Kedua Anaqi ,” – Amar Baharin Dipermudah Masuk ‘Taman Syurga,

Kini berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah bersama keluarga, Amar Baharin berkongsi kegembiraan apabila urusannya memasuki Raudhah dipermudahkan.

Lebih bertambah bermakna, ia bersamaan dengan hari kelahiran putera, Aqeeq Anaqi yang kedua.

“Alhamdulillah, Anaqi baru sahaja keluar daripada Raudhah. Alhamdulillah dapat berdoa dan bersolat sunat di hadapan mimbar Rasulullah SAW.

“Anaqi akan melawat makam Rasulullah sempena hadiah hari lahir Anaqi pada 15 Oktober 2019 genap umur dua tahun,” tuturnya menerusi video yang dikongsi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Umrah Ziarah dgn @massnizamgroup la buatkan cita-cita aku tercapai nak naik GMC 👏🏻👏🏻 Thanx Uztaz & Uztazah untuk perkongsian ilmu yg bermanfaat utk kami

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

Rasulullah bersabda:

Antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga” (HR. Al Bukhari & Muslim)

“Alhamdulillah mendapat syafaat bila birthday boy @aqeefanaqi bersama-sama jemaah lain dengan mudah memasuki kawasan Raudah. Rezeki @aqeefanaqi syukur alhamdulillah .

“Hadiah terindah for you anakku @aqeefanaqi . Happy Birthday to you.

#AnaqiTurns2

#15October2019

#journeyoflove

@massnizamgroup,” kongsinya.

Pasangan ini menuju ke tanah suci Mekah pada 14 Oktober lalu bagi mengerjakan umrah. Semoga dipermudahkan urusan.

Foto : Instagram Amar Baharin

Sumber : Media Hiburan


Hantar Komen