Hamil 4 Bulan, Isteri Baim Wong Kempunan Buah Sukun

Pelakon Indonesia, Baim Wong mengakui berdepan kesukaran untuk melunaskan keinginan isterinya, Paula Verhoeven yang mengidam buah sukun.

Kata pelakon drama Bukan Aku Cinta itu, dia buntu apabila isterinya yang kini sedang hamil empat bulan tiba-tiba memintanya untuk mencarikan buah tropikal itu.

“Mengidamnya sukun, hebat sungguh tiba-tiba mahu sukun. Hendak mencarinya itu sampai ke sana sini. Bingung saya,” kata Baim.

Bagaimanapun, Baim beruntung apabila ada antara peminatnya yang prihatin menghantarkan buah terbabit ke kediaman mereka selepas menyaksikan vlog pasangan terbabit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

BOSQUEE.. MIRIP GA ?? #Kagetnya kita pas dibawain Sukun sama Kalian .. #bapau #baimpaula

A post shared by baim wong (@baimwong) on

Bukan itu sahaja, ada antara peminat yang menghantarkan hidangan yang berasaskan buah sukun yang telah diproses.

“Ramai yang datang menghantarkan buah sukun ke rumah kami malah ada yang sudah digoreng. Jadi saya makan yang sudah siap digoreng saja,” tambah Paula.

Ini merupakan kehamilan kedua Paula selepas gugur kali pertama seperti yang diedahkan Baim pada Mei lalu.

Baim dan Paula telah berkahwin pada November 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Liputan 6 via Gempak


Hantar Komen