Hampir 1 Juta Tontonan, Tampil Bertudung, Aksi Comel Aafiyah Cakap ‘Please’ Curi Tumpuan

Pejam celik pejam celik puteri sulung Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah pun meningkat usia setahun 5 bulan. Dengan kasih sayang dan didikan keluarga, Aafiyah dilihat membesar dengan begitu baik sehingga ramai yang perasan bahawa anak Tokti itu semakin bijak.

Antara buktinya dapat dilihat dalam sebuah video yang telah dimuat naik Siti ke laman Instagramnya baru-baru ini di mana Aafiyah kelihatan sangat comel memakai tudung.

Yang menjadi perhatian adalah apabila Aafiyah berjalan ke arah ibunya untuk meminta ‘susu’ dan apabila ditanyakan Siti kepadanya “cakap apa?” Aafiyah menyebut ‘please’ sambil meletakkan tangannya ke pipi.

Telatah Aafiyah itu membuatkan netizen terhibur dan kagum dengan perkembangan anak kecil itu walaupun baru berusia setahun.

“Bijak Aafiyah…”

“Cutenya ustazah Aafiyah…”

“Cerdik laaa…”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HimpunanCeritaLawak


Hantar Komen