“Hari Terakhir..” Teki Teki Terjawab, Mawar B0ngkar Sesuatu Yang Ramai Tak Tahu

Usahawan tudung, Mawar Karim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan pelanggan yang pernah menyokong perniagaannya bersama aktor Fizo Omar iaitu Restoran Fizo Mawar Kithchen (FMK) sebelum ini.

Sempena hari terakhir perniagaan itu dijalankan semalam, Mawar menjelaskan dia dan Fizo mempunyai alasan tersendiri mengapa ia tidak diteruskan.

”Salam semua. Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga khususnya buat pelanggan yang sentiasa supports FMK selama ini. 

“Hari ini adalah hari terakhir operasi FMK. Menjadi 1001 kenangan selepas ini. Ini gambar terakhir kami bertiga di FMK.

“Rata-rata saya mendapat feedback memberi pendapat ‘rebranding’ restaurant ini. Saya dan Fizo mempunyai alasan yang sangat personal. Terima kasih kalian yang  memahami situasi kami.

“ Di sini juga terlalu peribadi untuk saya ceritakan berapa ‘modal / pelaburan yg telah saya dan Fizo keluarkan’, ‘keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung saya terima selama 4 tahun FMK.’ 

“Mari kita doakan semoga Fizo dapat teruskan usaha dalam F&B selepas ini, kerana minat beliau dalam bidang ini sangat mendalam,” tulisnya.

Mawar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama bekas suami Fizo serta anak mereka Maryam ketika kali terakhir berada di restoran tersebut.

Mawar berharap tiada lagi spekulasi dikeluarkan oleh mana-mana pihak mengenai dia dan bekas suami, yang diibaratkan seperti mahu menuang minyak ke  api.

“Diharapkan sangat lepas ini tiada lg cerita dari mana-mana pihak especially yang ada ‘kaitan’ antara saya atau Fizo mengeluarkan status /cerita di media sosial yang ‘konon tahu cerita ‘sekaligus akan menimbulkan ‘pelbagai tanggapan dari pihak ramai’. 

“Tidak perlu la ‘orang terdekat’ mencampuri urusan saya dan Fizo. Anda hanya melihat,mendengar tetapi saya dan Fizo sahaja yang tahu perkara /merasa perkara yang sebenar berlaku.

“ Erti kata tidak perlu menuang minyak ke dalam api ataupun tidak perlu la menegak benang yang basah,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ke mana kita @maryamfareedakids . Alamak terseksi la pulak Maryam 🤣😂

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on

Mawar juga turut memberitahu meskipun mereka bukan lagi suami isteri tetapi kereka tetap meneruskan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada satu-satunya anak mereka Maryam.

“Walaupun kami berdua sudah tiada kaitan lagi tapi masih ada amanah tanggungjawab membesar, memberi didikan kepada Maryam. 

“Fokus utama adalah Maryam. Maryam pengubat hati saya selama ini .Terima kasih semua sentiasa mendoakan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa,diberkati,dipelihara oleh-Nya,” luahnya lagi.

Pasangan ini membuat keputusan untuk menutup perniagaan yanh dijayakan bersama itu selepas sah bercer4i pada 10 Julai lalu.

Hasi perkahwinan Mawar dan Fizo yang berkahwin pada November 2013 itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua. Pertama sy ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga khususnya buat pelanggan yg sentiasa supports FMK selama ini. Hari ini adalah hari terakhir operasi FMK. Menjadi 1001 kenangan selepas ini. Ini hg gambar terakhir kami bertiga di FMK Rata2 sy mendapat feedback memberi pendapat ‘rebranding’ restaurant ini. Sy dan Fizo mempunyai alasan yg sngt personal. Terima kasih kalian yg sangat memahami situasi kami. Di sini jgk terlalu peribadi utk sy ceritakan berapa ‘modal / pelaburan yg telah sy dan Fizo keluarkan’, ‘keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung sy terima selama 4 tahun FMK.’ Mari kita doakan Semoga Fizo dapat terus kan usaha dalam F&B selepas ini, kerana minat beliau dlm bidang ini sangat mendalam. Diharap kan sangat lepas ini tiada lg cerita dari mana2 pihak especially yg ada ‘kaitan’ antara sy atau Fizo mengeluarkan status /cerita di media sosial yg ‘konon tahu cerita ‘sekaligus akan menimbulkan ‘pelbagai tanggapan dari pihak ramai’. Tidak perlu la ‘orang terdekat’ mencampuri urusan sy dan Fizo. Anda hanya melihat,mendengar tetapi sy dan Fizo shj yg tahu perkara /merasa perkara yg sebenar berlaku. Erti kata tidak perlu menuang minyak ke dlm api ataupun tidak perlu la menegak benang yg basah. Walaupun kami berdua sudah tiada kaitan lg tapi masih ada amanah tanggungjawab membesar,memberi didikan kepada Maryam. Focus utama adalah Maryam. Maryam pengubat hati sy selama ini . Terima kasih semua sentiasa mendoakan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa,diberkati,dipelihara oleh-Nya. . #iniadalahsatu2nyagambarlastkamidifmkdiharapkanjanganpulakadaygtakbolehtidomalamtengokgambarniatausakithatiyatinggalkenangansematamata #ygpastikitaperluberhati2denganmanusiatalambanyakmukamulutdepanmanismacamgulaacah2lemahlembuttuturbahasasopansantuntapibelakangmasinyaampun #takperlugigihsangatstgimulalasampaifakeaccmunculdekatwallacah2taucerita #anggapsajatiadakaitanantarahidupdanmaticumaperingatansemata2 #hashtagkaliniagakpanjangtaktaublhbacakatak 😊

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on

Sumber : Gempak


Hantar Komen