Hati Ku Menangis Lagi, Selama Ni Kita Je Terhegeh-Hegeh. Elly Mazlein Luah Perasaan di IG

 

Gandingan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein dengan pelawak Shuk Sahar sememangnya mencuit hati. Paduan mereka dalam mengacarakan Anugerah Skrin baru-baru ini menarik perhatian ramai dan menjadi bualan netizen di laman sosial.

Terbaru, menerusi kemas kini akaun Instagram milik Elly, penyanyi lagu Bungaku Bakawali ini seakan merajuk dengan Shuk. Elly memuat naik sekeping foto Shuk bersama pelakon Zulin Aziz yang mengenakan busana sedondon rona hijau bersama kapsyen panjang lebar.

” Hati ku menangis lg .. selama ni kite je tehegeh hegeh bangau dgn dia .. kite yg anta milo ikat tepi & bungkus nasi lemak sotong ikan bilis lebih utk dia ..

akhirnya .. ni yg kite dpt” Dulu masa sukan sekolah ,kite la yg selalu blikan kat dia air oren dgn karipap” Masa hari kantin sekolah pulak, kite la yg selalu bg kupon utk bli nasi ayam” Kite selalu tulis surat letak bedak , lepas tu esk pagi masuk kelas tingkatan 3 kekwa, kite siap letak dlm laci konon2 nak buat kejutan kat dia..

tgk la apa yg mama dpt skrg ni” Ni ke cara papa balas cinta mama yg hebat ni??” Walaupun muka papa mcm meja, mama trima papa seadanya” Papa ingat mama suke ke dgr bunyi kompang dlm conty @hotfm976 tu?” Papa @shuk_hotfm ingat meriah ke?” Papa x pyh pujuk mama lg hokeyyyy .. tu je mama nak ckp” Mama akn kuatkn hati mama ..

x akn temakan lg pujuk rayu papa” Kemain depan org pnggil mama mama mama .. rupanya smua org papa pnggil mama” Wahai kesayangan smua .. kakak lina nak tanya .. klu papa pujuk mama, perlu ke mama bg pluang ke 2 dkat papa?“Pecah kaca pecah gelas, sudah baca hrp balas…”

Sementara itu, entri Elly Mazlein itu seperti diduga akan mendapat reaksi Shuk. Menerusi ruangan komen itu juga, Shuk dilihat menulis komen beliau yang mencuit hati netizen lain.

” shuk_hotfm mama apa suma ni knapa judge hanya brdasarkan sekeping gambar yg x brmaksud pape cuba mama @iamellymazlein bertenang dan cari 5 perbezaan dalam gambar tu…” tulis Shuk

Rata-rata netizen tidak dapat menahan ketawa membaca entri Elly Mazlein itu dan lebih-lebih lagi ianya mendapat reaksi balas dari Shuk sendiri. Ada seorang netizen berkata, Shuk telah berlaku curang dan pandai pula bagi ayat ‘cover line’.

Apa lagi, kecoh ruangan komen penuh dengan gelak ketawa netizen yang nyata terhibur dengan Elly dan Shuk itu. Malah ada yang tidak sabar untuk menanti bila lagi mereka akan digandingkan semula sebagai pengacara.

Jom baca apa komen netizen di bawah

fairytaste_kak lina @iamellymazlein ni part kupon xtahan tu. teringat sekolah dlu bangga beli makanan guna kupon. mcm2 kaler haha” ummi_ell mama sbar ye biarlah papa pegi kta cri papa bru nak nak ..1 umh kmi mnat awk mama..

hihi alahai comel nya mama merajuk” cikshera93 shuk ni da kawin kan? xkn bini shuk x terasa kot ber mama papa, hahahaha  jgn kecam tanya je.” keylamawaryusoff Makin menjadi2 papa nie skrg kan..kt mna lagi kurangnya mama di mta mu papa?  Haha adoila lawak gila kak lina pompom dgn @shuk_hotfm” junehamzah Hahahahahaaa jgn bagi peluang mama oiiii….

 tukar kunci umh sekali tau biar papa xleh masuk” nur_rereen Hahahahaha buat hatiku ni terhibur papa @shuk_hotfm pujuk la mama @iamellymazlein

Sefhia Sudah Ada ‘Papa’ Baharu

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

KUALA LUMPUR: Sekian lama menyendiri tanpa kehadiran lelaki di sisi, pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, 38, mengakui hatinya sudah dimiliki.

Elly berkata, perkenalannya dengan jejaka berusia lewat 20-an kira-kira lima bulan lalu turut membawa kebahagiaan kepada anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia Azmi yang baru mencecah usia dua tahun.

“Saya anggap hubungan kami masih terbatas sebagai kawan, memandangkan kami baru lima bulan berkenalan. Terlalu awal untuk saya katakan, kami sedang bercinta.“Namun, melihat keserasian dan penerimaan jejaka itu terhadap Sefhia membuatkan hati saya tersentuh. Selama ini, Sefhia tidak berpeluang merasai kasih sayang seorang ayah.

“Walaupun masih muda, dia matang. Dia juga sangat memahami dan mengambil berat terhadap saya dan anak. Saya tidak pernah rasa bahagia sebegini, malah lebih penting, Sefhia juga gembira,” katanya.

Elly berkata, hatinya terbuka untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat selepas memikirkan masa depan anaknya.

Melihat keakraban Sefhia dengan teman istimewanya itu, Elly berharap hubungan yang terjalin itu berkekalan dan membawanya kembali ke jenjang pelamin.

“Kali pertama berjumpa, saya bawa Sefhia bersama. Memang pada mulanya, dia agak kekok, tetapi mereka cepat serasi hingga Sefhia memanggilnya papa.“Ketika bercuti bersama Sefhia di Amsterdam, Belanda, baru-baru ini, dia asyik bertanyakan ‘papa’nya. Mujur panggilan video dapat mengubat kerinduan Sefhia terhadap ‘papa’nya itu,” katanya.

Tidak kisah dipandang sinis apabila menjalin hubungan dengan lelaki yang jauh lebih muda, Elly berkata, dia selesa memekakkan telinga kerana dirinya juga berhak mengecapi bahagia.

“Saya Sekadar Mencari Rezeki & Buat Kerja Untuk Menjaga Amanah” – Elly Mazlein

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein meluahkan rasa syukur apabila percubaanya menjadi hos di Anugerah Skrin 2018 mendapat pujian daripada orang ramai.

Menurusi entri di Instagram (IG), Elly berharap agar mendapat banyak lagi tawaran untuk menjadi hos dalam sesebuah rancangan selepas ini.

“Terus rasa nak balik Kuala Lumpur sekarang juga. Thank You semua yang sudi menonton.“Saya sekadar mencari rezeki dan buat kerja untuk menjaga amanah saya iaitu Abah & Sefhia. “Semoga terus diberi peluang dan kesihatan yang baik, Insya Allah Amin.

“Terima kasih buat semua. Thank you sangat-sangat untuk @shuk_hotfm kerana banyak membantu. Semoga dapat mengehos bersama lagi, InsyaAllah,” tulisnya.Rata-rata memuji cara spontan Elly mengacara dan berharap dia diberikan peluang untuk mengendalikan sebuah rancangan suatu hari nanti.

Sedikit Biodata Elly Mazlein..

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein (lahir 17 Disember 1980) merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia dan zodiaknya ialah Sagittarius.

Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan telah melahirkan 4 buah album solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan.

Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit.

Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatuyang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti Usah Ditambah Bara Yang TersimpanJanji Kekasih dan Bungaku Bakawali yang ketika itu merajai carta radio tanah air. Pun begitu, karier nyanyiannya terhenti seketika pada tahun 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.

Elly yang mulanya dikenali sebagai penyanyi namun kini lebih dikenali sebagai pelakon setelah disunting oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas. Sejak itu, Elly lebih dikenali sebagai pelakon, dan menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.

VIDEO :

Sumber : gempak via NewcoViral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Limau Manis Press

 Sumber


Hantar Komen