Isteri TMJ Throwback Gambar Masa Remaja. Ramai Seronok Duk ‘Mengata’ Sesuatu Pasal Che Puan Khaleeda

Yang Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Datin Paduka Khaleeda Binti Bustamam merupakan isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor , Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim .

YM Che’ Puan Khaleeda menerima asuhan pelajaran awalan di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak Selangor pada tahun 2001 hingga 2003. Semasa kecil lagi perwatakan, kecergasan dan kecenderungan beliau telah terserlah dengan perlantikannya sebagai seorang pengawas di sekolah tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Baby gotta new hair after 10 years💋♥️💙

A post shared by HRH Crown Prince of Johor (@hrhcrownprinceofjohor) on

Antara kecenderungan YM Che’ Puan Khaleeda ialah membaca untuk menambah pengetahuan. Untuk aktiviti riadah, YM Che’ Puan Khaleeda menyertai sukan bola sepak, badminton, bola jaring dan bowling.

YM Che Puan Khaleeda sangat dekat di hati rakyat terutama rakyat Johor kerana sering berkongsi gambar dan video peribadi di IG beliau. Terkini beliau berkongsi gambar lama tahun 2009 sewaktu masih remaja.

Gambar ( dibawah) itu mendapat reaksi dari netizen yang memuji kecantikan beliau sejak dari zaman sekolah. Tapi banyak-komen ramai yang mengusik seluar yang di pakai beliau yang merupakan tracksuit yang menjadi trend zaman itu!

” Haha seluar tu legend..dulu sume nak suar mcm tu. trend kate nye..”

” Seluar butang2 ni famous dlu ymchepuankhaleeda nostalgia sgt kn. now trending balik stripe butang2..”

” Kenangan gambar lama. D tanya tahun bila pic tuh. Pic tu last kita jumpa rasanya Happy to see u here. Babies pun dah 3 orang. Baby Leo and ilham sama age. Cuma beza bulan. Take care ymchepuankhaleeda nanti kalau ada peluang boleh kita gathering…”

” Waaa seluar ymchepuankhaleeda tu yang mahal. Masa ni popular seluar butang-butang..Hehe..”

” Seluar chepuan dulu favourite saya jgk pkai p latihan sukan kt sekolah…smpai skg kwn² ingt lagi seluar ni..”

” Anty dulu selalu perhatikan @ymchepuankhaleeda di sekolah sri utama dulu anty kalau nampak awak kat kantin je akan ckp si lesung pipit dah dtg…suka tgk awak sbb natural beauty…”

” Seluar rare.. zaman sy sekolah pon suke pakai seluar tue. Seluar tracksuit button nie legend bos..”

Sekilas info tentang YM Che Puan Khaleeda yang ramai tak tahu

YM Che’ Puan Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur.

Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor (2000 hingga 2003),Sekolah St. George’s Hanover Square,London (2003 hingga 2004),Sekolah Menengah Westminster Academy London (September 2004 hinnga Julai 2008) dan Sekolah Sri Utama,Kuala Lumpur (2010).

YM Che’ Puan Khaleeda merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik iaitu dua perempuan dan dua lelaki. Tan Seri Bustamam dan Puan Seri Aziyah Berumah tangga di Kuala Lumpur.

Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail dan YM Che’ Puan Datin Paduka Khaleeda direstui untuk berkahwin di Istana Bukit Serene. Perkahwinan mereka telah disempurnakan oleh YBhg Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

YM Che’ Puan Datin Paduka Khaleeda telah dikurniakan Darjah Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) pada 15 Mac 2015 oleh DYMM Sultan Johor.

Pasangan diraja dikurniakan anakanda sulung diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang dilahirkan pada 25 Jun 2016. Baginda dikurniakan anakanda kedua diberi nama YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, yang dilahirkan pada 14 Oktober 2017.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : ig ymchepuankhaleeda


Hantar Komen