Jihan Muse Terima Anugerah ‘Best Comedy Performance’ Di Cannes, Perancis!

Siapa yang tidak mengenali pengacara, pelakon dan pelawak tanah air wanita ini, Jihan Muse. Bakatnya yang serba boleh menjadikan dia antara selebriti versatil tanah air.

Sedang sibuk mengacarakan rancangan Gegar Vaganza, Jihan Muse berkongsikan berita gembira kepada peminatnya hari ini dengan menerima anugerah dari satu majlis yang diadakan di Cannes, Perancis.

Menurutnya, Jihan merangkul anugerah ‘Best Comedy Performance’ di Mipcom Asian Academy Creative Awards. Difahamkan juga ia adalah melalui pencalonan hasil lakonannya dalam siri drama Keluarga Baha Don.

Untuk info, drama Keluarga Baha Don hanya disiarkan di Viu Malaysia dan dalam siri ini Jihan berlakon bersama Remy Ishak, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Khir Rahman dan ramai lagi.

Selain itu drama Keluarga Baha Don turut memenangi anugerah ‘Best Comedy Programme dalam acara yang sama.

Tahniah kami ucapkan!

 

Sumber: Jihan Muse via HCL


Hantar Komen