JPJ Bakal Lelong 105 Kenderaan Termasuk Mercedes & BMW 25 September Ni, Serendah RM50!

Menurut Harian Metro, Pengarah JPJ Perak, Severinus Tukah, semua kenderaan yang akan dilelong ini akan dipamerkan kepada orang ramai bermula semalam 17 September hingga 20 September untuk diperiksa.

Apa yang menarik, beberapa kereta internasional juga termasuk dalam kenderaan yang bakal dilelong tau. Antaranya Mercedes Benz, BMW, Subaru Impreza, Toyota Wish dan beberapa motosikal seperti Yamaha 125Z, Honda EX5 dan banyak lagi dengan harga bermula dari RM50!

Severinus menambah, orang ramai yang berminat boleh membeli dokumen pelelongan awam yang dah mula dijual bermula 10 September lalu dengan harga RM70 dan ia akan terus dijual sehingga jam 4 petang pada 24 September ini.

So, kalau korang berminat nak beli kereta lelong ni, korang boleh beli dokumen atau buku ni dekat Bahagian Kewangan JPJ Perak dan jangan lupa bawak IC korang.

Semua kenderaan ini akan mula dilelong pada jam 9 pagi, 25 September bertempat di JPJ Perak.

Apa tunggu lagi?

Sumber : Lobak Merah


Hantar Komen