“Kalau Dah Lenjan 15 Jam Ironman, Solat Kat Mana?” – Netizen Tanya Perihal Sembahyang, Ini Jawapan Alif Satar…

Jelas Alif, pihak penganjur telah menyediakan tempat khas bagi umat Islam menunaikan kewajipannya.

“Ada ruang solat di transition 2 (bike to run). Bila amik wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol.

“Penganjur Ironman sediakan ruang khas untuk atlet Muslim,” tulisnya.

Alif menulis jawapan sedemikian sebagai respon terhadap soalan netizen di ruangan komen akaun Instagram (IG) miliknya.

“Maaf tanya.. Kalau dah lenjan 15 jam macam tu, solat kat mana ye?

“Mereka ada stop solat ke? Maaf bertanya,” soal netizen tersebut.

Alif atau Muhamad Alif Mohd Satar, 29, melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kesemua cabaran Ironman Langkawi dalam masa 15 jam 5 minit sejauh 3.8 kilometer (km) berenang, 180 km berbasikal dan 42 km berlari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

what an amazing feeling.. can’t wait to share my story to you guys soon. Terima kasih semua yang datang support.. bagi semangat sepanjang Pantai Cenang. i’m sorry kalau your sorakan tak terbalas.. was in a really bad shape mentally. Alhamdulillah made it through.. probably the craziest thing i’ve ever done. 3.8km swim…180km cycling.. and a 42km run.. all in 15 hours 5 minutes and 49 seconds. p/s Tony Stark is not Ironman… i am😎 #IronmanLangkawi2019

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Ia merupakan percubaan kedua penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu dalam cabaran sama.

Tahun lalu, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan keseluruhan sejauh 112.7 km, membabitkan berenang sejauh 1.6 km, berbasikal 90 km dan berlari sejauh 21.1 km.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak


Hantar Komen