Kampung Paling Kaya, Setiap Orang Ada RM 500K Dalam Akaun. Tetapi Kalau Pindah Hilang Semua!

Perkampungan jutawan! Penduduk di kawasan ini memiliki kediaman mewah, kereta mewah dan perkhidmatan kesihatan percuma. Malah perkhidmatan pengangkutan teksi pula berupa helikopter untuk ke bandar-bandar di sekitarnya.

Pangkalan helikopter Huaxi

PANGKALAN HELIKOPTER HUAXI

Menurut operator Tongyong Airline Company, jika penduduk di situ tidak menggunakan servis helikopter ini, itu bermakna mereka menggunakan helikopter milik sendiri.

Bangunan pencakar langit ke-15 tertinggi di dunia

BANGUNAN PENCAKAR LANGIT KE-15 TERTINGGI DI DUNIA

Bukan itu sahaja, kawasan ‘perkampungan’ ini mempunyai sebuah supertower yang merupakan bangunan ke-15 tertinggi di dunia, mengalahkan Eiffel Tower (324 meter) di Paris dan Chrysler Building (319 meter) di New York.

Ia siap dibina selepas 4 tahun dan diraikan sempena simbolik ulangtahun ke-50 kampung mereka. Kos pembinaan menggunakan wang penduduk kampung di mana setiap orang menyumbang 10 juta yuan.

Lembu emas sedang dibersihkan oleh staf hotel di tingkat 60.

LEMBU EMAS SEDANG DIBERSIHKAN OLEH STAF HOTEL DI TINGKAT 60.

Bangunan pencakar langit Hanging Village of Huaxi (tinggi 328 meter) ini dibina dengan kos RM1,545,256,002.73 mempunyai 74 tingkat hotel dan kediaman merupakan simbol kolektivisme. Di dalam supertower di tingkat 60 itu pula terdapat seekor patung lembu jantan emas yang bernilai RM210,922,497.02.

Kediaman mewah di Huaxi

KEDIAMAN MEWAH DI HUAXI

Namun begitu, tujuan utama pembinaan supertower adalah untuk mengatasi masalah penempatan kerana kekurangan tanah. Asalnya Huaxi dihuni 2000 orang, kemudian berlaku peningkatan jumlah penduduk disebabkan oleh faktor migrasi. Jadi, diharapkan supertower ini dapat meningkatkan kualiti hidup orang Huaxi.

Huaxi, Jiangsu, China.

HUAXI, JIANGSU, CHINA.

Itu antara sebahagian keunikan perkampungan jutawan, Huaxi yang terletak di daerah Jiangsu, China. Pegawai tempatan menyatakan kawasan Huaxi ini ialah sebuah kampung model sosialis di mana ia diasaskan oleh bekas setiausaha Parti Jawatankuasa Komunis Kampung Huaxi, Wu Renbao pada 1961.

Wu Renbao

WU RENBAO

Pada waktu itu Wu Renbao mahu mentransformasikan komuniti perladangan yang miskin ini menjadi sebuah komuniti yang sangat kaya. Maka, dia dengan bijaknya mengadaptasi kaedah agribisnes moden. Kemudian bisnes berkembang dan dia mempelbagaikannya di dalam industri besi, logistik dan tekstil.

Jiangsu Huaxicun Offshore Engineering Service Co.,Ltd

JIANGSU HUAXICUN OFFSHORE ENGINEERING SERVICE CO.,LTD

Pada 1998, kumpulan yang tinggal bersama dan kongsi bersama segala harta benda dan tanggungjawab ini telah disenaraikan di bursa saham sebagai Jiangsu Huaxicun Co. Kini ia merupakan syarikat besar yang tersendiri yang mempunyai pelbagai anak syarikat. Operasinya menyerupai sebuah konglomerat moden.

Oleh itu, Wu Renbao terkenal sebagai seorang pemimpin yang mengamalkan konsep “kapitalisme dengan ciri-ciri Cina”. Konsep inilah yang digunapakai olehnya sebagai satu pelan tindakan untuk menghidupkan masyarakat ladang sehingga berjaya menjadi kampung terkaya di China.

Menurut Wu, “Kami hanya mahu apa yang baik untuk rakyat kita sahaja”…”Sosialisma bermakna 98 daripada 100 orang akan gembira… Anda tak boleh buat banyak benda dengan dua lagi.”

Tentang bangunan pencakar langit pula, Wu menyatakan bangunan ini dibina oleh orang Huaxi dengan kebolehan mereka sendiri. Ini membuktikan bahawa mereka dapat bersama-sama melaksanakan tugas utama. Bangunan ini memberi semangat kepada penduduk Huaxi.

Penduduk Huaxi menghadiri majlis pengebumian Wu Renbao

PENDUDUK HUAXI MENGHADIRI MAJLIS PENGEBVMAN WU RENBAO

Wu bersara sebagai ketua parti kampung pada 2003 dan tempatnya digantikan oleh anak lelaki dia, Wu Xie’en. Wu telah mening gal dunia pada bulan Mac yang lalu.

Kapal sedang dalam pembinaan ini ditempah oleh Kampung Huaxi pada 2011.

KAPAL SEDANG DALAM PEMBINAAN INI DITEMPAH OLEH KAMPUNG HUAXI PADA 2011.

Hasil dari Huaxi dieksport ke lebih daripada 40 buah negara di seluruh dunia dan menarik minat bisnes dalam pelancongan, penghantaran, besi, tembakau dan tekstil. Dalam masa yang sama ramai orang Cina datang ke Huaxi untuk belajar bagaimana menjadi kaya.

Rumah dan kereta mewah milik penduduk Huaxi

RUMAH DAN KERETA MEWAH MILIK PENDUDUK HUAXI

Setiap penduduk kampung Huaxi dapat kongsi keuntungan syarikat besar mereka dan diberikan kereta, rumah dan perkhidmatan kesihatan dan minyak masak secara percuma. Mereka dikenali sebagai “stakeholders” yang mempunyai purata pendapatan isi rumah berjumlah RM513,852.85 setahun dan wang simpanan berjumlah RM1,054,475.22.

Huaxi turut membina replika Sydney Opera House di kampung terbabit.

Agak mist3ri kerana mereka tidak dibenarkan bercakap dengan orang asing atau pemberita. Mereka turut mempunyai hierarki yang rigid di antara 2000 orang tersebut dan perlu bekerja 7 hari seminggu.

Kedudukan hierarki masyarakat Huaxi bermula dari stakeholders, dituruti penduduk kampung jiran yang telah dimasukkan ke dalam Huaxi, dan kemudiannya berpuluh ribu pekerja (faktor migrasi) yang melakukan kebanyakkan kerja di Huaxi. Jumlah penduduk Huaxi kini mencecah 50,000 orang.

Sebelum anda berfikir mahu migrasi ke Huaxi, anda perlu tahu bahawa semua kemudahan dan keistimewaan di Huaxi hanyalah untuk penduduk asal sahaja yang dikenali sebagai penduduk berdaftar sejak 1950an lagi. Orang yang baru menetap di Huaxi hanya dibayar gaji standard dan tidak dapat menikm4ti perkhidmatan kesihatan, kereta dan hartanah secara percuma.

Oh ya! Jika penduduk asal Huaxi berpindah dari kawasan ini, mereka akan kehilangan segala-galanya. Jadi, adakah semua kekayaan ini adalah milik mereka? Ternyata ia adalah milik bersama Huaxi.

Sumber : Theexpressviral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 


Hantar Komen