Kandid Foto : Tak Perlu Dayang Istana, Permaisuri Agong Setia Layan Suami Di Meja Makan Dipuji Rakyat

Tunku Azizah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan sikap mesra rakyat tanpa mengambil peduli mengenai status dan pangkatnya sebagai Raja Permaisuri Agong.

Isteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah itu turut menzahirkan ucapan Aidilfitri kepada seluruh umat Islam dengan hanya menggeIarkan diri mereka sebagai ‘Abdullah’ dan ‘Azizah’.

Ini salah satu contoh yang dikagumi rakyat jelata

Terbaru, beberapa keping gambar Permaisuri Agong ketika menyambut Hari Raya tular di laman sosial Facebook yang kelihatan Tuanku menyediakan santapan di meja makan kepada Seri Paduka Baginda.

Gambar berkenaan dirakam seorang jurugambar, Don Mahathir pada 2 Syawal lalu di Istana Abdulaziz Kuantan, Pahang itu ternyata memperlihatkan satu sisi yang jarang ditunjukkan kepada umum.

Posting berkenaan mengundang perhatian rakyat jelata bagi memberikan pelbagai komen yang rata-rata memuji sikap Permaisuri Agong yang setia melayan suaminya tanpa memerlukan khidmat petugas istana.

Terbaik!

Sumber : Don Mahathir

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

kredit : celotehsaje


Hantar Komen