Kantoi Masak Mi Segera, Shaheizy Sam Diperlekeh Isterinya Syatilla

Aktor Shaheizy Sam disindir isterinya, pelakon Syatilla Melvin selepas dia didapati kantoi sedang memasak mi segera biarpun sedang mengikuti misi kurus.

Video tersebut dikongsi oleh isterinya menerusi laman Instagramnya semalam. 

“Tiga hari lagi dah nak habis misi kurus awak. Satu Malaysia tunggu kau Sam.

“Tapi awak main hasut-hasut orang makan. Kita tunggu dah lihat,” tulis Syatilla sebagai kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@shaheizy_sam tolong comment dan like video ni! 3hari lagi dh nak hbis #20dayschallenge awk😏1malaysia tunggu kau sam😏tapi awk main2 hasut org makan👏🏻kita tunggu dan lihat! #20dayschallenge #pungkoqdia

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa sebagai Sam sedang mengikuti program kurus #20DaysChallenge sebagai persediaan untuk menjalani penggambaran filem Polis Evo 3.

Malah, Sam turut menjemput 33 peminatnya untuk turut sama menurunkan berat badan dalam masa 20 hari.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi suami isteri tersebut. 

Lebih menghiburkan apabila Sam turut meninggalkan komen berbaur dendam gurauan pada video isterinya itu.

Masih berbaki tiga hari lagi, keputusan akhir untuk #20DaysChallenge akan didedahkan pada 26 Ogos ini.

Video itu sehingga kini telah mendapat hampir 560,000 tontonan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak


Hantar Komen