“Kenapa Lelaki Semua Panas…,” – Rakam Video Dengan Tunang, Intan Najuwa Dilabel ‘Mata Duitan’ Lagi. Ini Respon Win Tuan Badan!

Berlatarbelakangkan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh Kamaleng, pelakon drama bersiri Tuan Danial ini dilihat gembira sambil merakam video di dalam kereta bersama Razrul yang juga seorang ahli perniagaan asal Kedah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Untunglah Intan Najuwa naik Lamborghini dengan tunang tersayang 😘

A post shared by ROTIKAYA (@rotikaya) on

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang meninggalkan komen kesat berikutan kereta yang dinaiki Intan merupakan sebuah kereta mewah.

Malah, ada yang menyifatkan pelakon berusia 22 tahun itu sebagai mata duitan.

Tidak hanya berdiam diri, Intan telah memuat naik status di Insta Storiesnya.

“Kenapa lelaki-lelaki Melayu semua panas bontot lepas tngok new post I?

“Hahahha! Dah2 pergi kerja,” tulis Intan.

Terdahulu, Intan, 22 dan Razrul, 38, mengadakan majlis pertunangan di Hotel Thistle, Johor Bahru dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.

Difahamkan, Intan telah memadam video tersebut selepas beberapa minit dikongsikan di Instagramnya.

Video/ Foto : Instagram Intan Najuwa/ Rotikaya

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Media Hiburan


Hantar Komen