Kucing Dijumpai Dalam Bagasi Di Lapangan Terbang, Kant0i Mahu Ikut Tuannya Bercuti

Kucing adalah salah satu spesis haiwan yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk dipelihara selain daripada anjing. Orang kata anjing memiliki sifat setia pada tuannya, tapi adakah kucing juga begitu?

Setia atau pun terlebih manja? Ini yang menjadi tanda tanya orang ramai apabila mengetahui kisah mengenai seekor kucing yang ditemui di dalam beg bagasi tuannya yang dalam perjalanan bercuti ke New York.

Kucing tersebut ditemui oleh kakitangan sekuriti di lapangan terbang ketika Nick dan Voirrey Coole dalam perjalanan bercuti.

Nick dan Voirrey Coole

Bagaimanapun pasangan ini ditahan oleh kakitangan keselamatan dan diminta untuk ke sebuah bilik khas. Pada ketika itu kakitangan lapangan terbang itu bertanya berulang kali benarkah bagasi itu milik mereka berdua.

Sungguh mengejutkan apabila mereka diberitahu beg tersebut dikesan ada seekor kucing melalui mesin pengimbas. Disebabkan itu mereka ditahan.

Candy yang dikesan melalui mesin pengimbas duduk dalam bagasi

Menurut Nick, beg berkenaan tidak diisi penuh dengan pakaian dan barang kerana mereka mahu shopping setibanya di New York. Malah dia juga tidak menyangka kucing yang diberi nama ‘Candy’ itu akan menyelinap masuk dalam beg berkenaan.

Bagaimanapun kakitangan di lapangan terbang tersebut turut tertawa dengan gelagat kucing ini selepas mengetahui kisah sebenarnya.

Bijak betul kucing ini!

Candy akhirnya dihantar pulang ke rumah oleh kakitangan lapangan terbang dan pasangan ini dibenarkan meneruskan perjalanan mereka ke New York.

Macam-macam hal. Pandai pula menyelinap masuk beg gara-gara mahu turut serta bercuti dengan tuannya. Clingy cat!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: Mirror via HCL


Hantar Komen