Makan Ayam Goreng ‘Extra Pedas’ Cecah Ais Krim, Sampai McD Sendiri Terkesima!

Makanan pedas sememangnya sedap dan menjadi buruan pencinta makanan untuk membuatkan sesi menjamu selera lebih mencabar.

Terbaru rangkaian makanan segera McDonald’s telah mengeluarkan ayam goreng pedas McD untuk memenuhi cita rasa pelanggan.

Tetapi seorang pengguna Twitter telah menunjukkan cara yang lebih berkesan dalam meredakan kepedasan ayam pedas yang dibelinya dengan mencelupkan ayam tersebut kedalam ais krim McFlurry.

Menurutnya dia melakukan perkara itu kerana tidak mahu membazir ayam yang dibelinya setelah merasai pedas ayam tersebut.

Berikutan perkongsiannya itu segelintir netizen mengecam tindakan lelaki itu yang dianggap sengaja ‘merosakkan’ ayam tersebut. Malah Twitter McDonald’s Malaysia sendiri ‘kehilangan kata-kata’ melihat posting lelaki itu.

Namun ada juga yang menyokong langkah yang diambil kerana sains membuktikan bahawa rasa pedas boleh dihilangkan dengan susu yang terdapat dalam ais krim tersebut.

Jadi sesiapa yang ingin cuba makan makanan pedas selepas ini bolehlah sediakan susu disebelah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Twitter via HCL


Hantar Komen