“Masa Mula Kahwin Terkejut Juga,” – Shaheizy Sam Terbiasa Suka Gurau Kasar

Pelakon Shaheizy Sam tidak telalu mengambil pusing mengenai gurauan kasar isteri, Syatilla Melvin yang telah mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Mana tidaknya, tindakan Syatilla yang memuat naik sekeping gambar sambil memegang buah dada adiknya, Shifa Melvin telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Sekali gus, ia menjadikan gambar tersebut sebagai gambar berbaur lucah. 

Bagaimanapun, Sam tidak menjadikan ia sebagai satu perkara serius kerana ia merupakan sifat semulajadi isterinya yang berasal dari utara.

“Kita tak boleh terlalu nak memikirkan tentang orang sangat sebab di dunia ni pelbagai jenis manusia yang mempunyai ragam masing-masing.

“Mungkin cara pemikiran orang berbeza dengan caranya mereka berfikir. Tetapi kadang-kadang adik-beradik yang faham dan orang sekeliling okay, jadi okaylah situasi itu. 

“Masa mula-mula berkahwin dengan dia (Tilla) saya terkejut juga denga cara dia bergurau kasar, tapi bagi saya ia adalah satu keisitimewaan sebab dia berasal dari utara. 

“Lama-kelamaan, saya sudah biasa dengan cara mereka (sekeluarga)”,kata Sam kepada MH ketika ditemui di Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya, pada Isnin. 

Bagaimanapun, pelakon filem Polis Evo itu menepis kata-kata netizen yang menganggap bahawa perkara tersebut boleh menjejaskan imej mereka sekeluarga.

“Mungkin bagi saya sendiri, saya akan fikir dulu kesannya dalam jangka masa panjang, tetapi bagi mereka (adik-beradik Tilla) jenis yang tidak kisah dan mereka dengan cara mereka sendiri.

“Kadang-kadang kita buat baik pun orang tetap kecam. Jadi saya tak rasa gurauan tersebut boleh membawa kepada imej buruk saya sekeluarga,” jelas Sam. 

 Dalam perkembangan lain, pasangan ini merupakan pengasas produk kesihatan untuk memiliki bentuk badan ideal iaitu Freaky Fitz.

Seramai 30 peserta telah menyahut cabaran dalam 20 Days Challenge untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan hanya dalam masa 20 hari sahaja.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 Sumber : Media Hiburan


Hantar Komen