Masuk campur hal rumah tangga? Laudya Cynthia Bella ‘block’ nombor Raffi Ahmad – “Saya tak simpan nombor dia” –

Ini berikutan Raffi dianggap mencampuri urusan rumah tangga Bella dan suami iaitu Engku Emran.

Bahkan sebelum ini, Laudya Cynthia Bella memberitahu sudah menyekat nombor telefon Raffi Ahmad di aplikasi Whatsapp.

Menurut laporan TribunWow.com, Raffi semasa diundang menjadi tetamu dalam program Hot Shot berkata dia tidak mengetahui status hubungan persahabatannya dengan Bella.

Raffi turut memberitahu dia tidak lagi menyimpan nombor telefon bekas kekasihnya itu.

Raffi tidak tahu status hubungan persahabatannya dengan Bella.

“Tak tahu, saya dah lama tak ada nombor dia,” katanya.

Suami kepada Nagita Slavina ini menjawab soalan wartawan yang ingin mendapatkan reaksinya berhubung tindakan Bella menyekat nombor miliknya.

Bagaimanapun, Raffi menyifatkan apa yang berlaku di antara dia dengan Bella adalah disebabkan salah faham.

Malah, dia mengakui sebelum ini tidak mengetahui sebarang hal membabitkan isu rumah tangga Bella dan suami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aku menitipkan kamu kepada Allah yang tidak akan hilang titipan-Nya. HR. Ahmad 2/403 . . karena, Suami pun milik Allah,jadi hanya Allah yang dapat menjaganya🥰

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

SUMBER: TribunNews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar


Hantar Komen