“Memang Mahu Ibu Sendiri Yang Sentuh Baju Nikah Saya,” – Ambil Berkat, Eyra Hazali Dedah Ibu Jahit Baju Nikahnya

Pelakon Eyra Hazali yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol skuad bola sepak pasukan JDT, Haziq Nadzli Jumaat lalu, mengakui sudah pasang niat mahukan ibu sendiri, Qhuzie Johari agar menjahit baju nikahnya apabila tiba hari bersejarah itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur Ya Allah. Mummy siapkan baju and veil eyra dalam masa seminggu saja. Thank you so much Supermom, @qhuzie ❤️. I love you so so so much ❤️ #HNxEH

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on

Kata Eyra kepada MH, majlis nikah adalah satu momen yang tidak akan dilupakan setiap pasangan berkahwin sementelah ia menjadi majlis wajib setiap pasangan mempelai.

“Saya percaya dalam proses perkahwinan itu, nikah yang paling akan dingati. Dari nikah itulah status kita juga akan berubah, dari ‘cik’ kepada ‘puan’. Jadi saya memang mahu ibu sendiri yang sentuh baju nikah saya.

“Untuk nikah, saya impikan sesuatu yang ringkas. Ibu memang dari dulu dia juga yang jahitkan baju raya kami sekeluarga memandangkan ibu seorang tukang jahit.

“Apa-apa memang saya akan harapkannya dan alhamdulillah, baju ini direalisasikan dalam tempoh seminggu sahaja,” kata Eyra jujur.

Sementara itu pada majlis sandingnya yang akan dilangsungkan hari ini, Eyra dan suami bakal mengenakan persalinan rekaan Azura Couture.

Ditanya mengenai fasa perkahwinan yang baru sahaja dilaluinya pada usia muda, bintang Nur 2 ini bersyukur kerana kedua keluarga merestui hubungan yang terjalin.

“Tak sangka hubungan kami sudah pun sampai ke fasa ini dalam usia yang masih muda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum suamiku 🙈❤️ • 📸 ; @cstproduction @project2pi 💄 ; @anggunbydeanna

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on

“Apa pun alhamdulillah bila melihat riak wajah ahli keluarga lainnya yang gembira dan beremosi, kami pun rasa syukur kerana mereka restui hubungan kami,” akui Eyra.

Terdahulu, keduanya sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini diijabkabulkan di Masjid As-Syakirin KLCC kira-kira jam 9.30 malam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malam Berinai #HNxEH ❤️💍 • inai by @byikasham Pelamin by @riri_scha_wedding 📸 ; @project2pi @cstproduction 💄 ; @anggunbydeanna 👗 ; @byhisdaisy

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on

Keduanya sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 1 Disember tahun lalu.

Foto: Instagram Eyra Hazali

Sumber :  Media Hiburan


Hantar Komen