Mengejutkan! Bapa Rihana Oksana ‘Buka Mulut’ Jawab Isu Percer4ian

 

Tiada siapa dibenar guna gelaran Permaisuri Kelantan tanpa pengumuman rasmi

SELEPAS hampir lapan bulan, Istana Kelantan akhirnya memecah kebisuan berhubung khabar angin melibatkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menerusi satu kenyataan awal yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan atau Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saya tertanya-tanya, apa sebenanya yang sedang berlaku dan ‘sampah’ apa yang ditulis oleh media bagi mensensasikan berita. Pertamanya ketika mendapat tahu mengenai berita perceraian itu, saya dan Leon berada di rumah kami di Rusia. Saya tak menerima sebarang sepina atau surat mahkamah. Keduanya, suami saya seorang Muslim yang baik, dia tidak akan membuat tindakan sedemikian tanpa pengetahuan saya. Undang-undang Islam menyeru untuk melindungi wanita. Seseorang wanita mempunyai hak, dan seperti manusia biasa, walaupun berada di luar negara, dia perlu mempertahankan kedudukannya agar menjadi contoh kepada wanita lain yang berada dalam keadaan serupa. Artikel-artikel terbaru yang disiarkan oleh media adalah tidak sah. Saya tidak akan tunduk kepada provokasi dan kekal berniat untuk mempertahankan maruah keluarga saya. Berdiam diri membawa maksud saya mengiyakan kebohongan. Anak, keluarga dan seluruh dunia sedang melihat saya, dan saya tak berhak untuk mengalah.

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada sesiapa pun boleh digelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau Queen of Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.

“Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan dan bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan hanya pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.

“Pihak Istana menyeru supaya rakyat dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial,” katanya.

Semalam sebuah portal berita melaporkan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko, 26, sah diceraikan talak tiga oleh Sultan Muhammad V.

Menurut sijil percer4ian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses percer4ian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.

Sijil percer4ian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan percer4ian itu sudah mendapat kelulusan daripada M4hkamah Syariah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza. Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua. Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan . Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku! P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.❤️

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.

Sementara itu, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu.

Dalam pada itu, beberapa sumber turut mempertikaikan hantaran Instagram Rihana sejak kebelakangan ini.

Ini kerana hantaran Instagram yang menceritakan kisah-kisah kehidupannya tidak disertakan bersama gambar-gambar baharu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Sumber : Sinar Harian.


Hantar Komen