Muat Naik Video Ciium Bersama Faliq, Adik Neelofa Curi Perhatian Netizen

Gara-gara pelakon dan pengacara Neelofa memuat naik sebuah video bersama adik lelakinya minggu lalu, remaja tersebut kembali tular di sosial media.

Menerusi video berdurasi kurang 10 saat yang dimuat naik menerusi Insta Storynya dan kemudian turut dikongsi di Instagram Meletop, adik Neelofa yang dikenali sebagai Faliq mencuri perhatian kerana wajahnya yang mirip selebriti.

Faliq atau nama sebenarnya, Mohamed Faliq, 13, dilihat menciuum dahi kakaknya sebelum tersenyum sambil tersipu malu.

Rata-rata netizen memuji wajah kacaknya hingga menyamakan Faliq saling tak tumpah seperti bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik dan juga penyanyi remaja Asad Motawh.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ngawww 😍😍😍 sweet nya lah dorang ni! Siapa sini macam ni dengan adik beradik korang? 😂 #MeleTOP . Repost @neelofa

Siaran dikongsi oleh MeleTOP (@meletop) pada

Menjengah ke ruangan Instagram Faliq, ramai netizen meninggalkan komen pujian biarpun kali terakhir remaja tersebut memuat naik foto terbarunya adalah pada 5 Jun yang lalu.

“Mati-mati aku ingatkan Asad Motawh civm Neelofa. Baru nak membawang. Huhh!” tulis seorang netizen di ruangan komen.

“Aku setiap saat gaduh dengan adik aku, memang taklah nak baik macam ni,” komen seorang netizen tentang hubungan baik Neelofa dan adiknya.

“Cantiknyaaaa mata dia!” puji seorang netizen.

“Suka tengok. Sebab dari dulu saya teringin nak ada adik lelaki. Sampai berangan kalau ada adik lelaki, saya akan beli apa yang dia nak. So, siapa yang ada adik lelaki tu jagalah elok-elok,” tulis seorang netizen lagi.

Terdahulu, anak lelaki bongsu ini terlebih dahulu mencuri perhatian netizen kerana wajah comel dan bulu matanya yang lebat. 

Video di Instagram Meletop itu sehingga kini telah menerima hampir 300,000 tontonan.

 

Sumber: Gempak 


Hantar Komen