“Mungkin peluang ni sekali seumur hidup sahaja,” – Diana Amir Kongsi Pengalaman Jumpa Shaikh Mishary Al- Afasy, Qari Terkenal Dunia.

Berkongsi keterujaan bertemu dengan qari terkemuka dunia iaitu Shaikh Mishary Al- Afasy, pelakon Diana Amir menyifatkan ia merupakan peluang sekali dalam seumur hidup.

Atas alasan itu, walaupun terpaksa melayani karenah anak-anak, namun dia tetap cekalkan hati untuk ke bertemu empat mata dengan lelaki tersebut.

 

Alhamdulillah walaupun i sampai lambat sgt, plan nak keluar 6pm tp 9pm baru smpai yaaaa.

“Allah je yg tau berapa kali i nak patah semangat sebab mcm2 hal with the kids , 3 org yaa soo siapa yg faham tu fahamlah.

“Tp alhamdulillah! i sampai jugaa.. bukan senang nak dapat face to face dengan Shaikh Mishary Al- Afasy.. mungkin peluang ni sekali seumur hidup shj.

“Diana berpeluang jumpa Syaikh selepas majlis tamat, my daughters @khawlah_khadija dapat peluang Syaikh pegang kepala mereka dan sy sempat mohon Syaikh doakan dipermudah urusan suami sy dalam kehidupan beliau, shaikh terus doa lepas tu, alhamdulillah .. Syukur sgt.

“Semoga dapat berimamkan syaikh kalau dapat tunaikan umrah nanti … #syukur Thank you @mahabbahlove bawa Syaikh ke Malaysia.. May Allah accept your deeds!” tulisnya.

Satu pengalaman indah yang cukup sempurna untuk keluarga ini. Shaikh Mishary Al- Afasy cukup terkenal sebagai qari yang mengalunkan bacaan surah Al-Quran dan video tontonan bacaannya telah mencecah lebih 100 juta di laman Youtube.

Sumber: Instagram Diana Amir via MH

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! limau manis

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Limau Manis 

 Sumber


Hantar Komen