“Nak kena pakai name tag baru boleh masuk?” – KesaI kejadian Along Cham, Jasmin Hamid rasa tak dipandang ketika di ‘red carpet’

Jasmin Hamid pernah berdepan kejadian yang hampir serupa dengan Along Cham.

PELAKON Jasmin Hamid meluahkan rasa terkilan dengan lnsiden melibatkan pelawak Along Cham yang dihalang daripada melalui laluan karpet merah pada malam Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) pada Jumaat lalu.

Menurut Jasmin, kejadian seperti itu tidak seharusnya terjadi kepada mana-mana anak seni lebih-lebih lagi artis yang tercalon dalam anugerah berkenaan.

“Keadaan yang tak patut terjadi dalam anugerah berprestij macam ni.

“Petugas yang diberikan mandat harus lebih peka dengan hal sebegini terutama bila melibatkan karyawan yang ada kad jemputan. Apatah lagi mereka yang tercalon pada malam itu. Ini akan memburukkan nama penganjur.

“Syukur Along Cham orangnya cool. Tahniah kerana tercalon dalam Top 5 Pelakon Lelaki Terbaik Filem,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Keadaan yang tak patut terjadi dalam Anugerah yang berprestige macam ni.. Petugas yang di berikan mandat, harus lebih PEKA dengan hal sebegini terutama bila melibatkan karyawan yang ada kad jemputan.. Apatah lagi yang para CALON -CALON.. Ini akan memburukkan nama penganjur.. . . Syukur @alongcham orangnya COOL.. Syukur juga ada sahabat yang prihatin dan baik hati macam @cahayaasmawi yang membela sahabatnya apabila di perlekehkan macam tu.. Congrats kerana tercalon dalam top 5 Pelakon Lelaki Terbaik Filem.. Kalau saya yang kena, mungkin saya akan terus angkat kaki.. INIKAN MAJLIS UNTUK RAIKAN ANAK-ANAK SENI.. Sedih bila anak seni di perlekehkan macam ni 😥😥😥 Takkan nak kena pakai NAME TAG baru nak kenal dan baru boleh masuk??? Kan dah ada tag FILM dan NAMA kat kad tu , takkan tak jelas lagi kot.. Nak kena FOLLOWERS JUTA, baru kenal dan BARU LAYAK JALAN ATAS KARPET MERAH KE wahai petugas yang budiman? 👏👏👏👏 . . Agaknya muka macam saya ni memang tak ada peluang la nak lalu kat karpet merah kot.. TAK POPULAR kan….saya sedar diri.. Sebab tu malas nak pergi sebab tak pernah nak di pandang di karpet merah. Bercakap melalui pengalaman.. Tapi syukur alhamdulillah, walaupun TAK DI ENDAHKAN masa karpet merah, 2 ANUGERAH PELAKON KOMEDI TERBAIK tetap menjadi milik saya. DAPAT JUGA SAYA NAIK PENTAS.. ALLAH MAHA ADIL 🙏 . 📷 @mstaronlineofficial . Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #anugerahallah #syukurselalu #hebatbukan

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Jasmin berkongsi pandangannya di laman Instagram.

Jasmin meluahkan rasa kecewa itu menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Selain itu, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu turut mendedahkan dia pernah melalui perkara sama di mana tidak diendahkan ketika melalui karpet merah pada sebuah majlis anugerah.

Namun, dia bersyukur berjaya merangkul dua anugerah Pelakon Komedi Terbaik.

Jasmin berharap anak seni dihargai.

“Kalau saya yang kena mungkin saya akan terus angkat kaki… inikan majlis untuk raikan anak-anak seni. Sedih bila anak seni diperlekehkan begini… takkan nak kena pakai name tag baru nak kenal dan boleh masuk?

“Agaknya muka macam saya ni memang tak ada peluanglah nak lalu dekat red carpet… tak popular kan? Saya sedar diri. Sebab tu malas nak pergi sebab tak pernah nak dipandang di karpet merah.

“Bercakap melalui pengalaman. Tapi syukur Alhamdulillah walaupun tak diendahkan masa karpet merah, dua anugerah pelakon komedi terbaik tetap menjadi milik saya. Dapat juga saya naik pentas. Allah maha adil,” ujarnya.

Pada Ahad lalu, Along Cham mendedahkan dia dihalang oleh salah seorang petugas daripada melalui laluan karpet merah pada majlis Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Jumaat lalu meskipun sudah menunjukkan kad jemputan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cerita Red Carpet Ask2019…Masa abang nak masuk menuju ke laluan red carpet ASK2019 ni..crew ASK2019 tahan n then dia check invitation card abang…pastu dia arahkan abang utk menuju ke laluan lain…pastu mawi jerit..eh itu along cham kot..kenapa tak bagi dia lalu red carpet?dengan spontannya crew ASK2019 jawab “ooo x perasan pulak”…sedangkan dekat kad tu dah ada tulis detailsnya…aduuhhhh🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️…ape pun tahniah buat seluruh team filem Tiada Tajuk dan tuan direktornya @cahayaasmawi sbb tercalon utk ASK 2019 utk kali yang pertama…👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻 . . @alongcham @anastahir_zayan @cahayaasmawi . . #ask2019

A post shared by Along Cham (@alongcham) on

Sumber : mStar


Hantar Komen