Nama unik kakak UTM ini membuatkan bakal suami terpaksa 7 kali akad nikah.

ISKANDAR PUTERI: Ada kisah di sebalik setiap nama yang setiap manusia di dunia ini. Bagaimana nama seseorang diperolehi juga pasti ada kisah atau rahsia di sebaliknya.

Ada di antara kita yang mempunyai nama ringkas, panjang atau berkait dengan sesuatu peristiwa. Pemilik nama S binti Rusli ini mungkin menjadi antara pemilik nama paling pendek di negara atau dunia. Menurut S, 32 tahun, yang bekerja sebagai pelukis pelan, namanya menjadi bualan bukan sahaja ketika zaman belajar malah sehingga melangkah ke alam pekerjaan.

Katanya, ramai yang tidak percaya ketika dia memperkenalkan diri dengan nama itu.“Kadang-kadang kita beritahu orang nama, tetapi dia ingat itu nama samaran. Jadi saya kena keluarkan kad pengenalan. “Kalau kita tulis borang, ada gelak ketawa kerana nama macam pelik. Kalau tengok reaksi pelik, kita sudah gelak, saya cakap memang nama saya macam itu.

“Ayah saya bagi nama mcm itu tetapi saya gembira, tidak ada masalah semasa sekolah. Ada juga yang mengejek S nama Superman tetapi tidak apalah, simbol S ok,” katanya. Pemegang Diploma Teknologi Seni Bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, dia sangat selesa dengan nama pendek pemberian ayahnya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 57 tahun.

Selain S, nama adik-adiknya juga pendek, ringkas dan mudah diingat iaitu Liz (29 tahun), Maz (18 tahun) dan Hani, 15 tahun. S yang bertugas sebagai pelukis pelan bangunan di syarikat swasta berkata, nama yang ringkas juga mempunyai kesukaran dari segi kepercayaan. Jelasnya, ada di kalangan kawan, kakitangan awam dan pihak sekolah yang tidak percaya ketika dia mendaftarkan namanya.

Kerana itu, S selalu membawa kad pengenalannya ke mana-mana walaupun ketika menemani anak beriadah di taman permainan berdekatan. Kata S, walaupun namanya hanya satu huruf, suaminya Nuzrul Hasan, 38 tahun, terlalu gemuruh sehingga terpaksa mengulang akad tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri.

“Pernah semasa di klinik gigi dahulu, semasa pendaftaran doktor memarahi jururawat kerana tidak mengisi nama penuh. “Sekali lagi semasa akad nikah, suami lafaz tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri,” jelasnya.

Ibu kepada tiga anak itu juga memilih untuk memberikan nama yang ringkas kepada anak-anaknya iaitu Yani (10 tahun), Dani (4 tahun) dan Wani (1 tahun).. Sementara itu, Rusli berkata, nama S diberikan kerana nama bapanya, Ahmad Abdul Karim yang terlalu panjang.

“S itu bermakna senang kalau hendak dihuraikan. InsyaAllah, senang sampai bila-bila. Kehidupan S pun Alhamdulillah senang,” ujarnya. Pada Rusli, apa pun nama yang diberikan,sudah cukup jika ia memudahkan orang lain untuk menyebut dan mengingatinya. P/S: Mudah cekgunya nk tulis nama dia dulu2. heheh

Sumber: Astro Awani

Tips sebelum, semasa dan selepas akad nikah

Masa jalan-jalan haritu nak cari pelan kedudukan pengantin [ jumpa pulak tips dan flows semasa akad nikah kat blog cik puan Fia.. banyak tips yang dikongsi dan boleh dipraktikkan.. share sebab memang sangat membantu kita2 yang nak kawin, lebih2 lagi waktu akad nikah.. tak ada la kelamkabut dan blur2 kan apa yang nak dibuat..

Sebelum Akad Nikah

1. Pastikan pengapit atau teman rapat duduk di sebelah – sebabnya, pengapit @ bestfriends kita la yang akan kurangkan debaran dan tolong-tolong apa yang patut (lap peluh, betulkan veil dsb).. cane nak kurangkan gugup? berbual-buallah dengan pengapit anda..

2. Sediakan IC / kad pengenalan – dokumen ori memang akan diminta.. sebab yang ada dekat tok kadi @ tok imam tu yang salinan je.. nanti karang, terkocoh pulak korang masuk bilik cari ic time dh duduk tersimpuh sopan tu.. hehe

3. Duit upah – penting! ingatkan cik abang prepare siap2.. sebelum tu risik-risik la kadar upah sepatutnya..

4. Senyum Agar Lebih Tenang – yess, kunci dia, SENYUM… walaupun masa tu dalam dada, rasa nak pecah dengan debaran..

Ini pulak adalah flow semasa akad nikah..

Semasa Akad Nikah1. Khutbah nikah –  masa ni dengar betul2, bagi faham okey.. banyak pesanan2 dalam ni..

2. Bacaan taklik – isteri2 kena dengar betul2 time ni.. bukan ape, mintak simpang, nauzubillah la kan untuk benda ni berlaku dalam baitul muslim kita, tapi taklik ni sebenarnya memelihara hak isteri daripada penganiayaan kalau berlaku kepincangan tanggungjawab oleh suami.. so jangan anggap taklik ni sebagai sesuatu yang ‘nothing’.. bila tengok pasal taklik ni terus buat research pasal lafaz taklik negeri kelantan.. sebab teks taklik ni berbeza ikut negeri, tak seragam.. so check lafaz taklik negeri masing-masing dan teliti apa syarat-syarat yang boleh menyebabkan talak jatuh sekiranya ada aduan isteri kepada kadi..

LAFAZ TAKLIK NEGERI KELANTAN

“Bahawa adalah saya…….. dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya….. selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/ hakim syarak dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim syarak bagi pihak saya sebanyak RM 1.00  maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk.”

3. Keluarga Sakinah/ Penyerahan Tanggungjawab – err.. kat kelantan, rasanya takde penyerahan tanggungjawab ni.. ala yang ala2 ustaz don buat tu.. yang letak tangan atas kepala isteri.. dlm blog cik fia cakap kat johor ngan kedah ada adat ni.. betul ke kengkawan? harus tanya MBB ni.. kang aku terkujat tetiba dia dtg letak tangan atas kepala kang.. :p lagi satu yang biasa dibuat adalah family perempuan berucap, menyerahkan tanggungjawab jaga pengantin perempuan pada pengantin lelaki..

Selepas Akad Nikah

1. Penyerahan Mas Kahwin Dan Wang Hantaran – ramai yang keliru pasal dua benda ni.. mas kahwin wajib diberi, hantaran pula tak wajib.. hantaran ni lebih kepada belanja mengurus perkahwinan sebelah perempuan, manakala mas kahwin ni berupa pemberian wajib oleh lelaki kepada perempuan atas sebab perkahwinan dan ianya milik mutlak 100% pengantin perempuan ye…

so bawakla time akad nikah tu.. kalau tak lafaz anda akan jadi ada perkataan ‘hutang’.. hihihi.. tapi kat Kelantan memang biasanya wang hantaran tu la yang akan dijadikan @ merangkap mas kahwin.. hoho, tapi majlis saya nanti tak follow kebiasaan ni.. sebab? taknak nilai wang hantaran tu menjadi isu.. rendah diperkatakan orang, tinggi pun diperkatakan orang.. =)

2. Pembatalan Air Sembahyang. – cincin? gelang? rantai? ikut kemampuan la kan.. ada yang mampu, sarung cincin, kemudian sauk gelang @ rantai lagi.. saya? cincin sudahh.. sebab cincin itu pun harganya sudah ka chinggggg… Tip drp cik puan Fia: Jika anda memilih barang kemas sebagai pembatalan air sembahyang lebih baik berlatih dahulu memakaikannya pada ibu atau saudara perempuan.

3. Bersalaman & Mencium Tangan Suami –  saat yang ditunggu-tunggu.. ngeh3.. ke tak? harusla kan… :p

4. Cium Dahi Isteri – paling ditunggu-tunggu..  kan? kan? kan? syahdunya rasa time ni.. errkkk… nak lagi syahdu, janganla pakai tudung awning.. kalau tak kelepet2 nanti, cian pengantin lelaki susah nak cium..

Tip dr cik puan Fia: Jika anda ingin mengucup dahi isteri di hadapan para tamu dan mahukan ia diabadikan dalam foto, terdapat beberapa tip yang anda boleh gunakan. Sebelah tangan anda memegang bahu isteri dan sebelah lagi memegang dagu isteri. Selepas itu, angkatkan sedikit muka si dia supaya mendongak tepat ke mata anda dan anda tunduk perlahan-lahan agar dapat mengucup tepat pada dahinya. Berikan kucupan dengan penuh ikhlas agar bunga-bunga cinta dapat anda rasai.

5. Bersalaman Dengan Ahli Keluarga – which family first? tengok dan follow the flow kot.. cuma, rasanya lagi manis, kalau dua2 bersalam dengan family yang sama at the same time kan.. takdela sorang ke kanan, sorang lagi ke kiri…. your opinion?

6. Solat Lepas Nikah – kahwin sekali seumur hidup.. insyaALLAH.. jadi kalau boleh, buatla solat sunat nikah melainkan anda berhasrat untuk berkahwin lagi.. muahaha..

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  : She just she


Hantar Komen