Pagi Di KL, Petang Di Perak! Sweet Qismina Rela Berk0rban, Sanggup Ulang Alik Kerana Kembar

Pelakon Sweet Qismina rela berkorban demi menjayakan watak kembar bernama Balqis dan Qistina dalam filem Pusaka.

Jelas Sweet yang merupakan pelajar dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) di SEGi University Kota Damansara, karakter yang ditawarkan dalam filem ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 32 🖤 👗 : @vogue_lease 💄 : @helmysharip @sweetqisminizers @abpbh_32 #fqs

A post shared by 🌸 فرهنا قيسمينا سوڤندي 🌸 (@sweetqismina) on

“Saya rasa rugi kalau tidak menjayakan watak kembar ini. Biarpun saya banyak ‘berk0rban’ masa dan tenaga serta berulang alik, saya rasa berbaloi untuk muncul dalam filem Pusaka.

“Bayangkan, ketika penggambaran filem ini dijalankan, saya sedang menghadiri sesi kuliah. Pada waktu pagi, saya ke kelas dan selesai sahaja, saya terus bergegas ke set penggambaran filem ini di Perak,” kata Sweet.

Sering menjayakan karakter dalam naskah ser4m, Sweet bersyukur kerana diberikan rezeki untuk menjayakan watak dalam filem Pusaka.

“Saya memang banyak berlakon cerita seram sebelum ini tapi ia tidak sama dengan Pusaka. Filem ini menyajikan sesuatu yang segar kerana ia merupakan gabungan elemen misteri dan penyiasatan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, Congrats ❤️ @abpbh_32 @adamleenizers @sweetqisminizers

A post shared by 🌸 فرهنا قيسمينا سوڤندي 🌸 (@sweetqismina) on

“Ia juga mencabar bakat lakonan saya kerana saya harus menjayakan watak kembar seiras. Saya tak sabar menantikan tayangan filem ini di pawagam dan menantikan reaksi penonton,” katanya lagi.

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Selain Sweet, filem ini turut menampilkan pelakon seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.

Sumber : Gempak


Hantar Komen