“Panggilan Ke Tanah Suci, Insya-Allah”- Amyra Rosli

Pelakon Amyra Rosli memberi bayangan dia serta suami, Amar Baharin serta anak Aqeef Anaqi bakal berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan Umrah.

Menerusi kemas kini terbaharu Amyra di Instagram miliknya memberitahu menerima panggilan dari Makkah.

“Makkah is calling…insya-Allah,” tulisnya

Dalam foto yang dimuat naik itu menunjukkan gambar passport dia yang berhijab serta Amar dan anaknya.

Entri tersebut mendapat perhatian rakan artis serta peminat yang turut gembira serta mendoakan segala urusannya itu dipermudahkan.

“Alhamdulilah, happy for you dear sister,” komen Lisa Surihani

“Semoga segala urusan dipermudahkan dan selamat, amin,” komen salah seorang pengikutnya.

Amyra kini sedang hamil anak kedua dan dijangka bakal  melahirkannya pada awal tahun hadapan.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🕋 is calling… insyaallah.. . . #Amyramar #AqeefAnaqi #1y11m #journeyoflove

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak


Hantar Komen