“Papa Harap Perkara Ni Tak Ganggu Bisnes Papa” – Foto Mustapha Kamal Bancuh Air Buat Ramai Terhibur

Pelakon senior Mustapha Kamal mencuri tumpuan netizen apabila sekeping fotonya beraksi menyediakan air teh tarik tular di media sosial.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi foto tersebut menerusi satu kicauan.

“Bukti ekonomi sedang dalam kegawatan,” tulis pengguna tersebut dalam nada humor.

Sebelum ini, Mustapha begitu sinonim dengan watak orang kaya, Tan Sri mahupun pengerusi syarikat dalam kebanyakan drama melayu.

Meninjau respon orang ramai, netizen berkongsi dialog jenaka yang mereka cipta sendiri berdasarkan situasi pelakon tersebut.

“Teh tarik for you boboy as long as benda ni tak menggangu bisnes papa,” komen seorang netizen.

“Papa nak boboi tengok betul betul. Belajar betul-betul cara papa bancuh tarik air ni . No excuses! Ini melibatkan business juta,” tulis seorang netizen.

“Papa terpaksa jual teh tarik, dan lupakan sarapan pagi bersama segelas oren jus. Ini semua salah anak-anak leka bercinta dengan gadis miskin dan terpaksa menanggung keluarga gadis yang ada ayah sakit tenat. Adik-adik pulak semua masih belajar, demi cinta anak dan papa berkorban,” reka seorang netizen lagi.

Malah, ada warga maya yang berjenaka ‘papa’ kini terpaksa minum teh tarik dan bukan lagi jus oren seperti dalam drama lakonan Mustapha.

Kicauan itu sehingga kini mendapat hampir 7,000 ulang kicau dan lebih 5,000 tanda suka daripada wargamaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : Gempak


Hantar Komen