“Pengalaman Baru…,” – Syafik Kyle Rela, Buang Misai Demi ‘Lelaki Lembut’

Mengakui mahukan watak yang berbeza dan segar, bintang Nur ini sanggup berbuat demikian, mendukung peranan sebagai Shiba menerusi telefilem, Shiba Shiba Doo.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Don’t chase, get chosen 🙌🏻 @uniqlomyofficial #uniqlojwanderson #UNIQLOMY

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

“Saya harus mencvkur misai bagi penampilan wajah yang lebih bersih. Bagi saya ia merupakan salah satu skrip yang bagus.

“Ia ketengahkan perihal golongan minoriti dalam kalangan masyarakat.

“Sebagai pelakon, saya berbangga apabila diberi peluang menjayakan watak sedemikian dan ini adalah pengalaman baru buat saya,” jelasnya.

Menerusi drama tersebut, Shiba digambarkan sebagai seorang peguam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebab tu cik balqis kene tolong saya . 4 hari lagi saya dtg balik 😎 #filempusaka

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

Tidak gent4r dengan kr1tikan yang bakal diterima, Syafiq menjelaskan, penerimaan watak ini antara lain membawa dimensi berbeza dalam kerjayanya sebagai pelakon.

“Saya berani menerima watak ini kerana ia adalah cabaran dan kelainan yang peminat mahu lihat.

“Untuk watak ini, pihak produksi beri rujukan karakter seseorang yang cukup terkenal sebagai inspirasi watak berkenaan,” katanya kepada MH.

Dalam perkembangan lain, pelakon TV Lelaki Popular ABPBH Ke-31 ini bakal muncul dalam filem Pusaka sebagai pegawai penyiasat yang berhadapan dengan perkara mistik.

Filem yang turut dilakonkan Mimi Lana, Sweet Qismina dan Faizal Hussien itu bakal ditayangkan 31 Oktober depan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I’m stealthy, like a ninja 🦹🏻‍♂️ Nike ❌ Stranger Things #teamnike #strangerthings

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

Sumber : Media Hiburan


Hantar Komen