“Pitt memang berpakat dengan baba tinggalkan mama” – Selepas Lima hari pemergian Pitt Hanif, Ini Luahan Fauziah Nawi

GENAP lima hari pemergian anak tercinta iaitu Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif, pelakon Fauziah Nawi reda dan menerima ketentuan takdir itu dengan hati terbuka.

Menurut Fauziah, 66, Pitt merupakan seorang anak yang baik dan menghorm4ti dirinya sebagai seorang ibu.

“Alhamdulillah… syukur kerana meminjamkan Allahy4rham Mohd Firdaus Mohd Hanif kepadaku ibunya, Ya Allah.

“Hari ni hari kelima Pitt tinggalkan mama. Pitt anak yang baik tak pernah meninggikan suara dan tak pernah mempertahankan diri Pitt biar apa pun mama cakap.

Perkongsian Fauziah mengenai peribadi anaknya itu di laman Instagram.

“Mama reda Pitt…. cuma satu mama nak cakap Pitt memang berpakat dengan arw4h baba tinggalkan mama. Tak apa Pitt. Mama reda! Moga Allah memberi ehsan-Nya buat Pitt dan baba,” katanya.

Pelakon filem Semua Salahku ini meluahkan rasa syukur itu menerusi Instagram miliknya pada Rabu.

Pada Sabtu lalu, Pitt yang juga pengarah filem Coast Guard lem4s ketika memancing di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang.

Dia disahkan meningg4l dunia selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui jenaz4hnya di Sungai Mela, Kuala Lipis pada petang, Ahad lalu.

Allahy4rham yang berusia 43 tahun, sebelum itu dibawa dari Hospital Kuala Lipis, Pahang sekitar jam 10.30 malam dan tiba di Kuala Lumpur dua jam kemudian.

Jenazah dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur sekitar jam 2 pagi Isnin.

Pitt yang juga anak sulung daripada dua beradik meningg4lkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga anak berusia di antara tujuh hingga 16 tahun.

Sumber : Mstar


Hantar Komen