“Pregnant Ke? Nampak Baby Bump”- Foto Fasha Sandha Kelihatan Seperti Hamil Jadi Perhatian

Umum mengetahui pelakon Fasha Sandha baharu sahaja keguguran anak pada Jun lalu hasil perkahwinannya dengan aktor Aidil Aziz.

Namun, foto terbaharu Fasha yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya sebentar tadi telah mengejutkan peminat kerana bahagian perut pelakon itu kelihatan seperti mempunyai baby bump.

Malah ramai yang membuat andaian Fasha kini sedang berbadan dua.

Menerusi entri tersebut Fasha kelihatan sedang duduk.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kenapa saya pilih innershine? Sebab selalu shine dari dalaman, membantu proses Pencernaan Dan yang paling paling penting, ramai puji ibu awet muda Dan banyak energy walaupun sibuk dengan kerja Dan anak2. Rambut pun mula Jadi lebat selepas menggunakan innershine. Syukur2 sangat Dan sangat happy dengan khasiat INNERSHINE. THANK YOU INNERSHINE! #shinedaridalaman @innershineclub

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Tidak kurang juga yang terlebih awal telah mengucapkan tahniah kepada Fasha.

“Pregnant ke? Nampak baby bump,” komen peminatnya.

“I can see your baby bump,” teka seorang pengikutnya.

“Tahniah, dah nampak baby bump di situ,” ucap peminatnya.

Namun Fasha sendiri tidak membalas mana-mana komen dan membiarkan ia sebagai tanda tanya.

Fasha disahkan mengandung dua bulan selepas perkahwinannya bersama Aidil Aziz, Mac lalu namun kandungan satu bulan itu tidak panjang umur.

Menerusi perkahwinan terdahulu Fasha dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, dia mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak


Hantar Komen