Alhamdulillah Puteri Kedua Shuk Selamat Dilahirkan

 Penyampai radio Hot FM, Shuk, 33, selamat menimang cahaya mata perempuan seberat 2.7 kilogram, kira-kira jam 3.05 pagi tadi.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, biarpun isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, bersalin tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan, dia bersyukur kerana kedua-duanya berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah… Syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar biarpun sebenarnya kami ke hospital untuk pemeriksaan akhir bersama doktor pada pagi Jumaat. Kami dimaklumkan ketika itu, isteri sudah menunjukkan tanda hendak bersalin.

“Perjuangan isteri kali ini lebih dirasai kerana dia tidak mengambil epidural, namun saya setia di sisinya ketika di bilik bersalin. Proses kelahiran kali ini juga lebih mudah berbanding anak sulung.

“Isteri dan anak kini sudah pulang di rumah kerana kedua-dua berada dalam keadaan sihat. Malah, ibu mentua juga datang dari Sabah bagi menjaga isteri sepanjang tempoh berpantang,” katanya kepada BH Online.

SHUK bersama isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan anak mereka, Nur Qurratu Ain, ketika menjayakan sesi fotografi bersama BH, April lalu. -NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Shuk dan Rossalennah atau Sera mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Sebelum ini, mereka turut dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, yang kini berusia dua tahun.

Mengenai pemilihan nama untuk si kecil, anggota kumpulan Balas berkenaan menjelaskan dia masih buntu berhubung perkara itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah. Tahniah Shuk atas kelahiran anak keduanya hari ini! Mesti comel kan! Tak sabarnya admin nak jumpa 😍 Cuba teka baby girl ke baby boy? 🤪 @shuk_hotfm #GengPagiHot #TahniahShuk

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

SHUK menimang cahaya mata kedua, awal pagi tadi. – Foto IG Hot FM

“Isteri memberikan tanggungjawab kepada saya untuk mencari nama buat cahaya mata kedua kami. Memandangkan isteri bersalin tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan, saya jadi buntu kerana belum lagi jumpa nama bersesuaian.

“Mungkin saya akan mengambil pendekatan memadankan nama beberapa rakan selebriti terdekat buat anak kedua saya ini,” ujarnya sambil berseloroh.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Limau Manis Press

 Sumber: BHonline


Hantar Komen