Rajin balas IG Story tangga kejayaan! Tak pernah kenal, lelaki ini ambil masa 2 bulan untuk crush terdetik nak ‘follow back’

KALAU sudah jodoh, takkan ke mana, larilah sejauh mana pun akhirnya akan bersatu juga!

Kadang-kadang kita bercinta dengan orang lain tapi alih-alih jejaka yang lain pula jadi imam kita. Semuanya adalah ketentuan Allah SWT.

Menerusi perkongsian Asyiah Nabilah Azlan Pang di Twitternya, dia menceritakan tentang jodohnya, Qamarul Naim Jamil, 24, yang dikenali di Instagram tahun lalu.

“Semuanya bermula di IG sekitar April tahun lalu, waktu tu saya putus cinta. Hari-hari dia (suami) reply InstaStory saya.

“Saya memang tak layan sebab masa tu tengah sedih tapi setiap hari dia mesej. Bila tengok dia tak jemu-jemu bagi kata-kata semangat, saya pun cuba tengok siapa dia.

Suami Asyiah merupakan abang kepada kawan lelakinya (kiri). 

“Sekitar Jun saya start follow back (IG) dia. Lepas tu saya tengok dia bergambar dengan kawan saya, rupa-rupanya dia abang kepada kawan lelaki saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Beberapa minggu kemudian mereka bertemu buat pertama kalinya iaitu pada pertengahan Jun lalu sewaktu Asyiah menemani rakannya ke Kuala Lumpur.

“Saya tinggal di Kuantan manakala Naim pula di KL. Kebetulan ada satu hari tu kawan minta teman dia pergi Ikea, Cheras beli barang kahwin.

“Waktu tu Naim mesej nak jumpa sebab saya beritahu ada di KL. Saya malulah kan tapi sebab ada kawan teman, saya pun OK. Kami borak-borak dan sejak dari situ hubungan jadi serius. Dia beritahu dia dah lama suka kat saya.

“Tapi saya tak layan sebab tak kenal. Tengok muka dia masa tu gambar macam mamat Arab mana pula ni?” katanya.

Antara mesej Naim kepada Asyiah sejak April tahun lalu.

Menurut wanita berusia 23 tahun itu, mereka bertemu semula kali kedua, dua bulan kemudian semasa majlis perkahwinan kakak kawan baiknya di Kuala Lumpur.

“Naim pun ada juga waktu tu. Tiba-tiba mak kawan saya tanya kat Naim bila nak kahwin. Dia cakap Insya-Allah tahun depan.

“Dia cakap direct je. Masa tu kami baru je kenal dua bulan. Tiba-tiba dia cakap dengan saya nak kahwin dan dia serius,” katanya.

Asyiah berkata keluarga kedua-dua pihak bertemu bagi membincangkan hubungan mereka pada akhir Ogos tahun lalu.

Tapi saya tak layan sebab tak kenal. Tengok muka dia masa tu gambar macam mamat Arab mana pula ni?

ASYIAH NABILAH AZLAN PANG

“Bila dia tiba-tiba ajak kahwin tu saya mula-mula tu takut juga. Tapi tengok background famili dia baik-baik (Islamik) saya pun terima.

“Kebetulan saya konvokesyen di KL pada 1 September tahun lalu. Sehari sebelum tu saya dan famili jumpa famili Naim. Masa tu kami bincang tarikh kahwin,” katanya yang disatukan dengan suaminya pada 1 September baru-baru ini.

Kata bekas jururawat itu, dia menerima suaminya kerana terpikat dengan keperibadian lelaki itu.

Asyiah terpikat dengan keperibadian suaminya.

“Dia bukan seorang pemarah dan sangat baik. Selama bercinta kami tak pernah bergaduh, malahan dia juga tak pernah tinggikan suara.

“Kalau sebelum ini ramai lelaki tak boleh tahan dengan perangai saya. Saya ni jenis mengada dan baran, hanya dia boleh bagi saya cool down.

“Dia juga tak pernah give up terhadap saya. Dia sanggup reply IG story setiap hari sejak April hingga Jun tahun lalu. Usaha dia buatkan saya terharu,” katanya.

Dalam pada itu, Asyiah turut terkilan dengan komen netizen yang bersangka buruk terhadap dia dan suaminya.

“Ramai kecam saya. Mereka kata saya terima suami sebab paras rupa dan poket tebal. Semua tu tak betul.

“Saya terima dia sebab dia jenis bekerja keras. Ramai ingat dia kaya padahal dia biasa-biasa je.

Posting Asyiah menjadi tular di Twitter.

“Sedih dan sakit hati juga bila orang cakap macam tu. Mereka tak kenal husband saya dan judge dia sesuka hati,” katanya.

Perkongsian Asyiah mengenai kisah percintaan mereka mendapat 16,300 ulang kicau dan 22,200 tanda suka.

Terdapat juga netizen yang menyamakan wajah suami Asyiah mirip pelakon Fikry Ibrahim.

“Ramai ingat pelakon Fikry Ibrahim tapi bukanlah. Mereka tak ada kena-mengena pun,” kata Asyiah yang memuat naik perkongsian itu sekadar suka-suka.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar


Hantar Komen