“Ramai Yang Kata Saya Sudah Mendapat Hidayah Apabila Bertudung,” – Luahan Lisa Surihani Tentang Imej Berhijab

Pelakon Lisa Surihani berharap agar orang ramai dapat mendoakan dirinya yang kini tampil berhijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.

Menurut Lisa, doa daripada orang ramai adalah penting buat dirinya yang kini masih berusaha melakukan perubahan.

“Apa yang saya boleh katakan ialah saya minta jasa baik semua, kalau boleh jangan panggil apa yang saya gayakan ini sebagai penampilan ataupun imej.

“Pada masa yang sama, saya berharap agar mereka diluar sana supaya dapat doakan saya supaya Istiqomah.

“Sebenarnya saya mengambil masa bertahun untuk tampil begini dan Alhamdulillah, Allah membuka hati saya untuk melakukan perubahan.

“Mungkin ramai yang kata saya sudah mendapat hidayah apabila bertudung, namun apa yang boleh saya katakan, saya masih mencari hidayah itu.

“Sekarang ini saya masih mencuba dan sebab itu saya perlukan setiap orang untuk mendoakan yang terbaik buat saya,” katanya.

Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media anjuran Snap Inc, di Restoran Yellow Apron, Petaling Jaya, pada Selasa.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Was invited to an event organised by Snap Inc here in Malaysia for a chat session entitled : IRL vs URL Friendships. Are real friends overrated? at Boba Tea. With @rockerina as our gracious host, my loving bestie @ilisulaiman , and I alongside Dr Hafeeza a sociologist and researcher, we spoke about the friendship scene here in Malaysia. A topic very close to heart. It was insightful to learn what was derived from the study and survey done by Snap Inc in the effort of highlighting the importance of friendship in our lives. It was interesting to learn that their studies showed amongst many things that Gen Z (born 1996-) (37%) is moving towards smaller and more intimate circles. And that they gravitate towards honesty in their friendships.

Siaran dikongsi oleh Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) pada

Untuk rekod, Lisa telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Yusry Abd Halim pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Lisa Surihani via Gempak


Hantar Komen