Rashidi sekali lagi kongsi foto wanita, kali ini semuanya dah jelas

Tegas Rashidi, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan dan menganggap perkara itu hanya sebuah spekulasi semata-mata.

“Namanya adalah Mishael Lee. Kami baru sahaja bertemu. Walaupun spekulasi berlaku, namun ia hanya spekulasi. Kami tidak mempunyai sebarang hubungan.

“Ini adalah perkara yang sangat peribadi, tetapi saya perlu membersihkan apa-apa salah faham dan tanggapan daripada posting saya sebelum ini. Tolong horm4ti dia. Mishael Lee saya harap anda ok,” ujarnya.

Rashidi muat naik foto dan penjelasan tentang wanita terbabit.

Sebelum ini, pelakon filem BU itu menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik foto bersama seorang wanita di laman sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Rashidi memadam foto terbabit selepas ia menjadi tular dan menimbulkan spekulasi pelbagai pihak berkaitan hubungan tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

90s slackers feel . #90sstyle

A post shared by Rashidi Ishak (@rashidi_ishak) on

Pada Ahad lalu, menerusi mStar, Rashidi enggan memberi sebarang kenyataan tentang perkara itu.

Manakala, wanita itu memuat naik status menjelaskan bahawa mereka hanya sekadar kawan.

Rashidi sah bercer4i dengan pelakon Vanidah Imran pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, yang berusia 15 tahun.

 

Sumber : Mstar


Hantar Komen