Saling Berbalas Bingkisan! Ini Kata-Kata Akhir Keluarga Ainul Mardhiah Buat Dr. Amalina Sebelum Pulang Ke Malaysia

“Selamat pulang ke Malaysia, sila datang semula ke London. Saya akan merinduimu Ainul,” berikut merupakan bingkisan akhir Dr. Amalina Bakri buat insan kerdil yang dirawatnya sejak sebulan lalu, adik Ainul Mardhiah.

Melayangkan kata-kata tersebut di Instagram, Amalina turut mengutuskan doa dan harapan agar Ainul membesar sempurna seperti kanak-kanak lain.

“Ia perjalanan penuh emosi, ada naik dan turut tetapi Ainul dan kedua-dua ibu bapanya tetap kuat, mereka tak pernah berputus asa.

“Alhamdulillah, Ainul menunjukkan perkembangan memberangsangkan dan saya tak sabar melihat Ainul berlari-lari di taman permainan seperti kanak-kanak lain,” tambah Amalina lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I will miss you, Ainul. It has been an emotional journey – there were ups and downs but Ainul and her parents were really strong. They went through a lot of obstacles and challenges, but they never give up. Alhamdulillah Ainul made an excellent progress. I can’t wait to see you running around a playground like any other kids! Thank you to all of you who have contributed in this great mission – you know who you are. Selamat pulang ke Malaysia. Please come back again to London soon, we all love you! 🥰 P/S: Consent was given by Ainul’s parents for this picture to be published.

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Ucapan Amalina turut disambut keluarga Ainul yang menghadiahkan Amalina sebatang pen dan sekeping kad ucapan.

“Terima kasih untuk segala pengorb4nan, masa, tenaga dan wang ringgit dalam urusan rawatan Ainul Mardhiah di London.

“Kami sanagt menghargai setiap usaha dan jasa baik yang telah diberikan kepada kami sekeluarga.

“Semoga Allah sentiasa merahmati Dr. Amalina dan memberikan ganjaran syurgaNya di akhiirat kelak. Terima kasih,” tulis kedua-dua ibu bapa Ainul, Nurul Erwani dan Ahmad Safiuddin.

Sementara itu, menerusi kemaskini akaun Instagram Erwani dan Safiuddin, mereka kini difahamkan dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

“Allah, permudahkanlah perjalanan kami sampai ke Malaysia. Berikan kami sekeluarga kekuatan untuk menghadapi segalanya.

“Bye London. We will miss this adorable moments,” tulis Erwani.

Ainul sekeluarga diterbangkan ke London untuk menjalani pembed4ahan membuang ketvmbuhan di mulut sejak sebulan lalu dan kisah penuh inspirasi ini menjadi perhatian ramai.

Sumber : Gempak


Hantar Komen