“Saya Tetap Pendirian Setakat Ini” – Air Mata Siti Nurhaliza Mengalir Ketika Nyanyikan Lagunya

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap dengan pendiriannya untuk tidak bertanding di pentas pertandingan nyanyian.

Meskipun lagu nyanyiannya, Anta Permana dikatakan bakal dipertandingkan untuk Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) tahun hadapan, Siti menegaskan dia masih memegang kata-katanya dahulu yang mahu berehat dari pertandingan nyanyian.

“Setakat ini, saya memang tetap dengan pendirian dan kata-kata saya untuk tidak bertanding lagi.

“Kalau ikutkan saya memang nak berehat, saya pun dah bercakap mengenai perkara ini. Buat masa ini saya belum terbuka hati untuk menyertai AJL34,” ujarnya ringkas.

Siti berkata demikian di sidang media yang diadakan sejurus selepas konsert mini SimplySiti dengan kerjasama Shopee bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre malam tadi.

Pada permulaan konsert tersebut, Siti tidak dapat menahan air mata ketika menyanyikan lagu Jerat Percintaan kerana sebak terkenangkan zaman awal kemunculannya dalam industri hiburan.

“Saya tak dapat menahan air mata ketika menyanyikan lagu itu, tambahan pula ada seorang gadis memakai baju sekolah yang menjadi ‘pendua’ saya di atas pentas, saya terus teringat zaman remaja saya.

“Saya terbayangkan segala susah senang ketika itu, terkenangkan peng0rbanan emak dan arwh abah.

“Sebab itulah ada bahagian yang saya tak lepas untuk menyanyi kerana saya memang tak boleh menyanyi kerana sedih,” tuturnya lagi.

Selain Jerat Percintaan, Siti turut memukau penonton dengan lagu-lagu hit seperti Wajah Kekasih, Ku Mahu, Anta Permana dan banyak lagi.

Dalam perkembangan lain, Siti bakal tampil dalam sebuah konsert penghargaan buat Allahyrham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah yang bakal diadakan 14 dan 15 November ini.

“Berdasarkan perbincangan, saya akan menjadi salah seorang artis undangan dalam konsert tersebut.

“Saya mahu menyertainya sebagai satu tanda sokongan untuk mengenang jasa Pak Ngah yang telah banyak membantu saya sejak bergelar penyanyi,” tambahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila nampak penari yang berlakon sebagai saya sewaktu masih bersekolah, saya dah mula sebak, bila tengah menyanyi lagi sebak. Saya cuba tahan untuk habiskan lagu. Ini perasaan yang datang sekelip mata saya teringat bagaimana permulaan saya mula menjadi artis sewaktu masih bersekolah. Pihak Shopee menetapkan tema perjalanan seni saya sejak mula dan konsert mini ini berlangsung santai dan diisi dengan program penganjur seperti game dan goyang Shopee. Terima kasih kepada semua yang hadir malam ini dan menonton di aplikasi Shopee (live streaming).#shopeexsimplysiti . @epie_temerloh @shanellharun

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak


Hantar Komen